Berbudi Pada Tanah

Ini cerita beberapa minggu yang lepas, tetapi saya rasa berminat nak kongsikannya di keluargasihat.com ini. Mana tahu, ianya mampu mencetus minat bercucuk tanam pada yang membaca entry ini kan?

Saya berkunjung ke rumah seorang sahabat di Shah Alam. Rezeki beliau, mampu memiliki sebuah rumah lot tepi dengan kedudukan paling hujung dalam kawasan perumahan tersebut. Beliau benar-benar memanfaatkan ruang tanah yang ada. Apa yang mengkagumkan saya, tanamannya sudahpun mengeluarkan hasil. Ini lah yang dikatakan ‘berbudi kepada tanah’, maka hasil yang kita terima.

Jom kita tengok apa yang ditanam rakan saya itu;

 

berbudi pada tanah 2

Ulam raja..

Ulam raja yang hijau dan merimbun. Ini ulam kegemaran saya.. Makan dengan sambal belacan atau budu, wah! Terangkat! Kita sedia maklum, ulam-ulaman hijau ini bagus untuk kesihatan. Orang tua-tua kata, bagus untuk awet muda..

 

berbudi pada tanah 3

Daun pandan..

Daun pandan rimbun dan mewangi. Memang seronok kalau ada pokok pandan sendiri di rumah. Bila-bila mahu menggunakannya dalam masakan tinggal petik sahaja. Masak bubur, buat kuih, atau masak nasi hari-hari letak daun pandan pun bagus, harum je bau nasi.

 

berbudi pada tanah 4

Pokok rozel..

Ini pokok rozel, ada juga yang menulis dengan ejaan roselle. Pokok rozel ni mengeluarkan kuntuman-kuntuman berwarna merah. Setelah matang boleh dipetik dan direbus, air rebusan rozel sangat sedap. Minum bersama ketulan ais sangat menyegarkan, ala-ala rebina rasanya.

Banyak lagi sebenarnya tanaman sahabat saya itu, tapi tak semua saya sempat ambil gambarnya. Ada pokok pisang, pokok kunyit, pokok jambu dan mangga pun ada.

 

Tanah rezab tepi sungai..

Tanah rezab tepi sungai..

Ini pemandangan tidak jauh dari rumah rakan saya itu. Memandangkan rumahnya adalah rumah paling hujung, maka berjiran lah dia dengan tanah rezab tepi sungai ni. Luas juga kawasannya, malah ada pihak yang mengusahakan tanah rezab ini dengan pelbagai tanaman dan menghasilkan pulangan bernilai ribuan ringgit sebulan. Menurut sahabat saya, tanaman-tanaman itu sudah wujud sejak rumah mereka belum dibina lagi. Cuma saya tidak pasti apa hukumnya dari segi agama dan undang-undang mengusahakan tanah rezab secara komersil.

 

Hasil berbudi pada tanah..

Hasil berbudi pada tanah..

Alhamdulillah, rezeki saya petang itu. Sahabat saya yang baik hati membawakan saya serba sedikit hasil-hasil tanamannya. Ada mangga, ada daun pandan, ada rozel, ada ulam raja, malah saya dapat sepasu pokok ros jepun atau nama kampungnya pokok bunga pukul 10.

Yang lain-lain pemberian, tapi yang pokok bunga tu saya buat muka tak malu minta. Saya minta keratan sahaja, tapi diberinya sepasu. Kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Hehe..

Seronokkan melihat hasil-hasil yang dapat dituai setelah berbudi pada tanah? Pasti rasanya lebih enak dan memuaskan hati, sebab hasil tanaman sendiri. Malah aktiviti berkebun juga adalah satu aktiviti yang sihat sebenarnya.

Badan sihat, hasil dituai.

(Visited 634 times, 1 visits today)

You may also like...

2 Responses

  1. alahai seronoknya dpt bercucuk tanam.dpt hasilnya
    jimat perbelanjaan selain kebersihannya tutur terjaga

  1. 11/11/2014

    […] saya ada bercerita tentang rezeki dapat hasil tanaman seorang rakan. Salah satu yang perlu diolah segera adalah daun pandan. Simpan lama-lama, layu pula […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge