Cara Pecahkan Tembok Malas Bersenam

Saya akui saya seorang yang malas bersenam. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Sekarang bersenam menjadi kecintaan saya. Sehari tidak bersenam, bagai tidak sempurna aktiviti harian saya. Berpeluh-peluh itu bagai satu nikmat terhadap tubuh.. Sekarang saya suka bersenam. Sungguh!!

Berbalik zaman kemalasan, saya sendiri lupa bila kali terakhir saya beraktiviti mengeluarkan peluh. Hinggalah Indeks Jisim Tubuh (BMI) lari dari landasan pun, saya masih malas bersenam. Jangan ikut seperti saya ya..

Saya tahu, dan sangat tahu bersenam baik malah penting untuk kesihatan. Bersenam meningkatkan kecergasan fizikal. Bersenam mampu meningkatkan tenaga dalam menjalani tugasan harian. Bersenam mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung. Bersenam mampu membantu mengawal paras glukosa dalam darah. Bersenam mencegah obesiti.

MasyaAllah, banyaknya kelebihan bersenam. Itu hanya sebahagian, malah banyak lagi kelebihan bersenam yang boleh disenaraikan. Tapi saya masih malas. Kata kunci di sini ialah ‘malas’, dan kadangkala menggunakan alasan ‘tiada masa’. Alasan tiada kasut sukan, tiada pakaian yang sesuai pun pernah saya guna. Memang banyak alasan. Huh!

Sekarang dah tak malas dah. Persoalannya; Bagaimana saya memecahkan tembok malas bersenam itu?

1. Sertai ‘support group’

Saya menyertai satu ‘support group’ di whatsapp, dan disitulah saya menerima suntikan dan jentikan mahu lebih sihat, mahukan kembali BMI yang unggul dan pastinya mahu langsing. Ahli kumpulan saling memberi semangat antara satu sama lain. Yang dingin menjadi hangat, yang suam menjadi membara. Yeah, semangat!! Mereka rajin bersenam, dan saya terpengaruh untuk bersenam juga..

2. Lawan!

Sesungguhnya syaitan telah menggoda saya (dan juga mereka yang malas bersenam. Hihi..) membisikkan kata-kata manis supaya terus malas. Tak payah sihat, buat apa penat-penat rehat lagi bagus, bla bla bla. Wah! Saya tak mahu terus dibelenggu kata-kata syaitan. Saya mahu sihat, maka saya ‘lawan!’.

3. Mulakan

Saya berjaya melawan rasa malas itu dengan memaksa diri mula bersenam. Saya mulakan dengan hanya membuat regangan dan lari setempat. Besoknya saya buat rutin yang sama, tapi lebih pergerakan dan masa pula. Dari hari kesehari hingga sampai satu tahap, tak buat rasa tak seronok. Tak buat, rasa tak sempurna.

Jika anda dalam golongan malas besenam ayuh lawan! Dan kemudian mulakan..

4 . Jangan beralasan

Malas nak keluar rumah, tak ada kasut sukan, tak ada pakaian yang sesuai, semua tu alasan untuk tidak mahu bersenam. Mudah sahaja, bersenam sahaja dalam rumah, tidak menjadi masalah. Malah menjaga aurat kita dari terdedah dah dipandang ajnabi semasa beriadhah.

Mahu lompat bintang? Mahu berzumba? Malah goyang Inul pun boleh. Yang penting pergerakan yang mampu menggerakkan tubuh dan mengeluarkan peluh.

Tidak tahu bersenam? Sekarang dunia di hujung cari, buat sahaja carian di internet. Macam-macam corak senaman boleh ditemui, dari yang mudah hinggalah yang susah.

Tiada alat senaman? Senaman tidak semestinya menggunakan alat. Gunakan apa yang ada, jika kreatif tangga dan batu lesung pun boleh menjadi alat senaman.

 

Bersenam di rumah sambil jaga anak pun boleh.. (gambar dari Google)

Bersenam di rumah sambil jaga anak pun boleh.. (gambar dari Google)

Kesimpulannya, malas atau rajin untuk melakukan sesuatu perkara berbalik kepada kita. Ilmu yang ada belum tentu mampu menjadi pendorong, jika kita sendiri tidak mahu memulakannya.

Akhir kata, semoga perkongsian ringkas bagaimana saya memecahkan tembok malas bersenam ini menjadi penggerak kepada anda yang tidak rajin bersenam, memulakan langkah untuk turut sama goyang inul. Ups, bersenam maksud saya.

Badan cergas, otak pun cerdas.

(Visited 194 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge