Resepi Sihat ~ Ayam Bakar Pandan

Semalam saya ada bercerita tentang rezeki dapat hasil tanaman seorang rakan. Salah satu yang perlu diolah segera adalah daun pandan. Simpan lama-lama, layu pula nanti.

Termenung juga saya, apa yang saya nak buat dengan daun-daun pandan ni. Sementalah saya memang tidak ada perancangan untuk membuat kuih ataupun apa-apa hidangan menggunakan daun pandan.

Menjelang waktu memasak untuk hidangan makan malam, tiba-tiba mentol di atas kepala saya menyala. Hahaha.. Tiba-tiba idea datang, saya nak masak ayam bakar pandan.

 

Bahan asas untuk ayam pandan bakar

Bahan asas untuk ayam pandan bakar.. Abaikan periuk yang sudak kemek-kemek itu, lebih 11 tahun usianya..

Mari saya kongsikan resepi ayam bakar pandan yang ringkas tapi sedap versi Ibu Maryam.

Bahan-bahannya:

8 ketul ayam (potong saiz sederhana dan dikelar)

8 helai daun pandan

3 ulas bawang putih ditumbuk lumat

Garam dan serbuk kunyit secukupnya

Cara-caranya:

Gaul ayam bersama bawang putih, garam dan serbuk kunyit hingga sebati. Balut dengan daun pandan dan bakar di dalam ketuhar atau pemanggang ajaib. Balik-balikkan ayam, tunggu masak, dan boleh dihidangkan. Mudah bukan?

Jom kita lihat gambar-gambar di bawah ini..

 

Ayam yang telah dibalut dengan daun pandan..

Ayam yang telah dibalut dengan daun pandan..

Ayam yang telah digaul dengan garam, bawang putih dan serbuk kunyit di balut dengan daun pandan. Balut mengikut kreativiti masing-masing bermula dengan pangkal daun pandan dan selitkan hujung pandan pada mana-mana lilitan. Untuk lebih mudah, gunakan pemegang sudu atau garpu untuk menyelitkan hujung daun pandan.

 

Susun ayam di atas pemanggang ajaib

Susun ayam di atas pemanggang ajaib

Resepi ini boleh dimasak menggunakan ketuhar atau pun pemanggang ajaib seperti yang saya guna. Gunakan suhu atau api sederhana untuk memastikan isi ayam masak sepenuhnya. Jika suhu terlalu panas atau api terlalu besar, luar ayam akan hangit tetapi isi ayam belum masak sepenuhnya.

 

Ayam pandan bakar yang harum semerbak..

Ayam pandan bakar yang harum semerbak..

Pada masa ini ayam telah mengeluarkan bau yang sangat harum. Sebab itu saya hanya menggunakan resepi yang paling ringkas agar saya dapat menikmati haruman pandan dalam hidangan ayam ini.

 

resepi ayam pandan bakar 5

Ayam bakar pandan sedia dihidangkan..

Resepi ini sememangnya mudah, sedap dan sihat. Tidak menggunakan minyak dan tanpa bahan perasa. Nak lebih sihat, tukarkan serbuk kunyit dengan kunyit hidup yang ditumbuk lumat. Buang juga semua kulit yang ada pada ayam.

Selamat mencuba resepi sihat yang mudah dan sedap ini. Tawan ahli keluarga dengan air tangan ibu, pasti bahagia rasanya..

 

(Visited 1,389 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge