Riadah Petang-Petang

Beberapa hari yang lepas, topik perbincangan kami ibu-ibu di dalam kumpulan whatsapp ialah kecenderungan menghadkan aktiviti anak-anak hanya di dalam rumah. Banyak faktor penyebab, di antaranya ialah faktor keselamatan. Banyak kes-kes jenayah yang telah berlaku membuatkan ibubapa risau membiarkan anak-anak bermain di luar rumah.

Bila diusulkan perlunya penyertaan ibubapa dalam aktiviti outdoor anak-anak, muncul pula alasan kekangan masa lebih-lebih lagi pada hari waktu bekerja. Balik kerja sahaja, cepat-cepat tutup pagar dan golongan ibu terutamanya terus ‘bersilat’ membuat kerja rumah.

Situasi itu juga saya alami. Sebagai ibu bekerja, waktu selepas selesai waktu bekerja adalah waktu yang paling kritikal. Itulah masa mahu memasak, itulah masa mahu membersihkan diri, kewajipan ibadah dan sebagainya..

Namun syukur alhamdulillah, semenjak saya bergelar ibu tugas bersama-sama  anak pada waktu petang diambil oleh suami. Semenjak kecili, balik sahaja dari taska mereka ada masa riadah petang-petang bersama ayah mereka sementara ibu menyelesaikan kerja rumah. Biasanya En Ayah akan bawa anak-anak bermain di taman. Cuma rutin menjadi sedikit berbeza bila anak-anak mula bersekolah..

 

Aktiviti riadhah petang-petang depan rumah

Aktiviti riadah petang-petang depan rumah

Bila anak-anak mula bersekolah dua sesi pagi dan petang, masa beriadah semakin terhad. Balik sekolah sahaja sudah lewat petang. Tapi itu bukan alasan untuk mengurung anak-anak sebaik sahaja tamat waktu sekolah. Walau pun sekejap, wujudkan juga aktiviti yang sekurang-kurangnya mampu mengeluarkan peluh..

 

Riadhah petang-petang

Erat ikatan ayah dan anak..

Aktiviti paling mudah, bermain di hadapan rumah. Sesuaikan dengan keadaan tempat, persekitaran dan keselamatan.

Badan cergas, minda cerdas..

(Visited 226 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge