Chicken Pox Atau Cacar Air

Info asas tentang chicken pox atau cacar air yang kita perlu tahu..

Info asas tentang chicken pox atau cacar air yang kita perlu tahu..

Chicken pox atau dalam bahasa Melayu dipanggil cacar air adalah sejenis jangkitan yang selalu berlaku kepada semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Apakah itu chicken pox atau cacar air?

Chicken pox atau cacar air ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang yang lain.

Mereka yang telah dijangkiti virus chicken pox biasanya tidak akan dijangkiti semula kerana ia telah menghasilkan pelalian seumur hidup, tetapi mereka terdedah kepada jangkitan virus kayap (shingles) jika sistem imun badan mereka lemah di kemudian hari.

Bagaimana chicken pox atau cacar air berjangkit?

Chicken pox atau cacar air berjangkit dan merebak melalui dua cara, iaitu udara dan sentuhan.

Chicken pox atau cacar air berjangkit melalui udara apabila seseorang yang dijangkiti itu mengalami batuk atau bersin. Jangkitan melalui sentuhan pula merebak dari titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Apakah tanda dan gejala chicken pox atau cacar air?

Anak anda akan mendapat cacar air 10 – 21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam  kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

Gejala:

  • Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.
Gambaran tahap-tahap chicken pox dari hari kedua hingga kesepuluh

Gambaran tahap-tahap chicken pox dari hari kedua hingga kesepuluh

Apakah komplikasi akibat dari jangkitan chicken pox atau cacar air?

Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Tetapi adakalanya penyakit boleh menjadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian.

Kumpulan yang berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk ialah:

  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
  • Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Bagaimana jangkitan chicken pox atau cacar air dirawat?

Secara amnya:

  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal terbang pada masa ini.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

  • Sapu losyen kalamine di tempat ruam.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

  • Berumur 12 tahun ke atas.
  • Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.
  • Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti aspirin.
  • Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam bentuk sedut).
  • Segolongan ibu-ibu mengandung.

Bagaimana chicken pox atau cacar air boleh dicegah?

  • Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin “varicella” ini tiada di dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor swasta. Minta nasihat doktor.
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Sumber

(Visited 10,117 times, 2 visits today)

You may also like...

1 Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge