Resepi Ikan Cencaru Bakar Ala Portugis Yang Mudah Tapi Sangat Sedap

Hari ini sudah 20 Ramadhan 1436H, bermakna tidak sampai 10 hari pun lagi bulan mulia ini akan meninggalkan kita. Mari sama-sama kita merebut dan tidak melepaskan baki peluang yang ada ini memandangkan ia adalah bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah dan fadhilat bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
.
.
Dari sudut yang lain pula, golongan ibu-ibu terus berperang dengan soalan ‘nak masak apa harini’. Hihi.. Betul tak? Maka Mr Google akan menjadi sasaran bagi mendapatkan idea-idea juadah yang bakal disajikan kepada ahli keluarga.
.
.
Saya juga mahu menyumbang resepi. Mula-mula tahu tentang Ikan Bakar Ala Portugis ni semasa kami sekeluarga bercuti ke Melaka lama dulu. Balik rumah, saya godek Mr Google. Resepi yang saya bakal kongsikan ini gabungan dari beberapa rujukan resepi di internet yang saya olah dengan citarasa sendiri dan bahan yang ada di rumah.
.
.
Ikan Cencaru Bakar Portugis

Ikan Cencaru Bakar Portugis

Resepi Ikan Bakar Ala Portugis

Bahan-bahanya:
.
4 ekor ikan cencaru dibelah tepi (ikan lain pun boleh juga)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu teh garam halus
1 sudu makan gula
1 kiub tom yam
1 sudu makan cili giling
3 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak bawang putih (3 ulas bawang putih ditumbuk dan di goreng dengan minyak)
Aluminium foil
.
Cara-caranya:
.
Kisar semua bahan kecuali daun limau purut dan minyak bawang putih hingga lumat. Gaulkan ikan  bersama bahan kisar, minyak bawang putih dan daun limau purut yang dihiris halus. Masukkan juga bahan kedalam perut dan belahan ditepi ikan. Bungkus dengan aluminium foil dan bakar di atas api, pemanggang ajaib, atau di dalam oven sehingga masak.
.
Sedia untuk dihidangkan.
.
Resepi ini sebenarnya sangat mudah walaupun bahannya mungkin nampak banyak. Hanya kisar semuanya, goreng bawang putih, gaul dengan ikan, dan bakar. Resepi ini mudah tapi rasanya percayalah! Tak perlu sampai ke melaka untuk menikmati Ikan Bakar Ala Portugis yang lazat. Selamat mencuba!
.
Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 2,159 times, 1 visits today)

You may also like...

2 Responses

  1. aisyah says:

    sedapnya..boleh cuba ni..
    aisyah recently posted…Performance Drink Elak DehidrasiMy Profile

  2. luthfi says:

    Kenapa dinamakan ala portugis, apa memang berasal dari portugid?
    luthfi recently posted…Perbaikan Kulit Malam HariMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge