Tips Mengendalikan Anak Tantrum Dihari Raya

Tantrum bahasa mudahnya anak-anak buat perangai. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak-anak mungkin menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala mencederakan diri sendiri. Tantrum adalah perkara biasa yang berlaku pada anak-anak berumur 18 bulan hingga 4 tahun.

Walaubagaimanapun, perkara biasa ini akan menjadi celaru bila ibubapa sama-sama tidak dapat mengawal diri atau tidak dapat menangani situsi ini dengan baik. Lebih-lebih lagi dalam suasan lebaran.

Bayangkan, sedang berhari raya atau berkunjung ke rumah saudara mara, tiba-tiba Tantrum anak datang. Apa agaknya yang kita boleh buat?

Pengalaman membesarkan Yusuf dan Maryam, memberikan ibu peluang berhadapan dengan situasi Tantrum. Dulu-dulu, pernah juga ibu sama-sama terbabas gagal mengawal emosi. Tapi kemudiannya pengalaman itu mendewasakan.

Alhamdulillah, kedua-duanya semakin membesar dan tiada lagi istilah Tantrum. Dah besar-besar ni, kalau ada benda yang tak puas hati, paling-paling pun mereka akan merajuk. Ibu datang peluk, cairlah mereka. Hehe..

Kendalikan anak Trantum dengan baik

Kendalikan anak Trantum dengan baik

 

Tips Mengendalikan Anak Tantrum Dihari Raya

Pastikan anak anda selamat.

Anak yang sedang Tantrum berpotensi mencederakan dirinya sendiri samada dengan sengaja atau tidak. Mereka adakalanya melepaskan perasaan dengan menghempaskan badan, menyepak, membaling barang dan sebagainya.

Pastikan ketika keadaan berlaku tiada benda-benda berbahaya berada disekitarnya. Berikan juga perhatian kepada perkara yang tidak dijangka seperti pinggan mangkuk, sudu garpu dan almari kaca.

Pastikan anda sentiasa tenang.

Api bertemu minyak pastinya akan menjadi marak. Sebagai orang dewasa yang sudah boleh berfikir dengan matang, kita perlu berada di dalam keadaan tenang untuk mengendalikan anak dalam situasi ini.

Jangan jatuhkan air muka sendiri di hadapan saudara mara atau tetamu yang lain hanya kerana kegagalan kita mengawal emosi dalam menangani anak Tantrum dihari Raya.

Jika boleh, asingkan anak anda.

Semakin ramai yang memandang, semakin anak itu tunjuk perangai. Bawa anak tersebut masuk ke dalam bilik atau bawa keluar dari rumah dan cari tempat yang lebih privacy seperti di dalam kereta. Mengasingkan anak yang sedang Tantrum dari pandangan orang lain adalah cara yang terbaik.

Jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.

Abaikan Tantrum dan jangan dilayan. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan Tantrum. Ibu bapa patut mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan Tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.

Jangan hukum anak anda.

Menghukum kanak-kanak kerana Tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan Tantrum menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkah laku Tantrum kekal dalam jangka masa panjang.

Jangan berikan ganjaran.

Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan Tantrum, Tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan Tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga dewasa.

Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindak balas kepada Tantrum itu.

Ada ibu bapa terus menghukum anak yang sedang Tantrum hanya kerana tidak mahu dilabel ibu bapa yang ‘tak buat apa-apa’ bila anak buat perangai. Balik kepada yang paling asas, pastikan anda tenang.

.

Apabila Tantrum reda, perlahan-lahan mula bercakap dengan anak mengenai kelakuannya. Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika Tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.

.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 210 times, 1 visits today)

You may also like...

1 Response

  1. MamaBard says:

    Bagus tips2 ni. Memang pening kepala kalau anzk tantrum
    MamaBard recently posted…Jangan Pandang Rendah Pada 10 Tanda Hormon Tak Stabil IniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge