5 Tips Mengatasi dan Mengurangkan Mabuk Ketika Hamil

TIPS ATASI MABUK SEMASA HAMIL

Mabuk ketika hamil adalah satu situasi dan fenomena biasa. Rata-rata ibu hamil akan merasai ‘nikmat’ itu, walaubagaimana pun ia bergantung terhadap tahap masing-masing.

Maka persoalan-persoalan tentang mabuk tetap akan berlegar-legar setiap kali membincangkan isu kehamilan. Mari kita rungkaikan satu persatu persoalan-persoalan tersebut termasuk tips mengatasi mabuk ketika hamil yang menjadi perhatian.

Apa yang menyebabkan mabuk semasa kehamilan?

Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui. Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan. Didapati wanita yang muntah-muntah pada awal kehamilan mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.

Wanita yang hamil kembar dua atau tiga biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, begitu juga dengan wanita yang mengalami ‘kehamilan anggur (molar pregnancy)’ iaitu sejenis kehamilan yang tidak normal. Adalah dianjurkan wanita yang mengalami ‘hyperemesis gravidarum’ gelaran yang diberi kepada wanita yang mengalami mabuk hamil yang sangat teruk, menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan tiada kehamilan kembar ataupun kehamilan anggur. Punca lain yang boleh menyebabkan mabuk hamil yang teruk adalah jangkitan saluran kencing, radang usus dan keracunan makanan.

Wanita dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mereka mengalami muntah yang teruk dan tidak berupaya untuk mengambil makanan atau minuman yang mencukupi.

Berapa lamakah ia akan berpanjangan?

Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.

Apakah kesan mabuk hamil keatas kandungan?

Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh mengalami dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis (keadaan di mana asid di dalam badan anik tinggi) atau ‘metabolic acidosis’ dan ini mungkin boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.

Kenapa saya mengalami mabuk hamil ?

Majoriti wanita akan mengalami mabuk hamil semasa awal mengandung. Manakala hanya sebahagian kecil (yang bernasib baik) tidak mengalami masalah ini. Gejala ini mungkin teruk dikalangan sesetengah wanita. Antara faktor yang menyebabkan seseorang ibu itu mengalami mabuk hamil yang teruk termasuk:

  • Mempunyai kandungan kembar
  • Mempunyai sejarah mabuk hamil pada kandungan lalu
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami mabuk hamil

Apakah pencetus atau perkara yang menyebabkan mabuk semasa hamil?

Kadangkala, sesetengah faktor boleh menjadi pencetus kepada mabuk hamil. Diantaranya adalah:

  • Bau-bauan seperti minyak wangi, kopi, asap rokok
  • Bauan semasa memasak atau menggoreng
  • Berasa sangat letih
  • Perasaan gelisah atau risau

Apakah cara untuk mengatasi dan mengurangkan mabuk semasa hamil?

5 Tips  Atasi Mabuk Ketika Hamil

5 Tips Atasi Mabuk Ketika Hamil

Berikut adalah 5 tips yang boleh dipraktikkan untuk mengatasi dan mengurangkan mabuk ketika hamil:

1. Minum air kosong yang cukup

Ambil air yang cukup agar tubuh lebih segar dan untuk mengelakkan dehidrasi. Kurang air dalam badan akan menyebabkan ibu-ibu akan rasa lebih letih dan lemah.

Minum teh halia atau teh pudina suam juga dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa mabuk dan loya. Ibu-ibu mungkin boleh mencuba.

2. Jangan biarkan perut  kosong

Amalkan kerap makan dan minum tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi. Ini juga untuk mengelakkan perut masuk angin yang akan mencetuskan rasa loya, mual dan mahu muntah.

3. Hidu haruman segar seperti lemon

Bau-baun tidak kira busuk atau wangi adalah antara pencetus rasa loya. Jadi, neutralkan dengan bau-bauan segar seperti lemon atau buah-buahan citrus yang lain. Ibu-ibu boleh juga menggunakan wangian lain yang digemari seperti rose dan lavender.

4. Ambil vitamin tambahan untuk ibu hamil

Mengambil multivitamin yang mengandungi piridoksin (vitamin B-6) semasa hamil boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah yang teruk. Dos yang dicadangkan adalah 25-50 mg setiap lapan jam.

5. Berjumpa doktor sekiranya perlu

Mabuk ketika hamil adalah satu perkara biasa. Tetapi jika keaadaan tersebut berlarutan hingga menyebabkan muntah-muntah dan lemah badan yang teruk, ibu-ibu perlu menemui doktor untuk mendapatkan nasihat dan bekalan ubat yang berkaitan.

 

Semoga info-info di atas dapat membantu ibu-ibu semua. Apa pun dugaan yang diterima semasa hamil, hadapinya dengan tenang dan sentiasa berfikiran positif. Semoga anak yang dikandung akan dilahirkan dengan selamat, sihat dan sempurna. Aamiin..

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
.
.
.
(Visited 806 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge