Cara Atasi Hb Rendah Semasa Hamil

Cara atasi hb rendah atau anemia semasa hamil

Cara atasi hb rendah atau anemia semasa hamil

Hb rendah adalah salah satu masalah kesihatan yang sering berlaku kepada ibu-ibu hamil. Dalam keadaan tersebut, ibu hamil biasanya akan mudah berasa letih, tidak bermaya, pucat, berdebar-debar, pening kepala dan pitam.

Anemia boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pra matang, kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran. Kesan pada bayi pula boleh menyebabkan tumbesaran yang terbantut, kerencatan perkembangan akal dan psikomotor.

Apakah yang dimaksudkan dengan hb rendah?

Hb adalah singkatan bagi hemoglobin. Hb rendah yang juga selalu disebut ‘low hb’ atau anemia adalah satu masalah dimana seseorang itu tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi. Bahasa mudahnya, kurang darah.

Mengapa hb rendah atau anemia sering berlaku kepada ibu-ibu hamil?

Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan.

Bila jangkamasa kandungan semakin meningkat isipadu darah makin bertambah dan ini menyebabkan pencairan darah berlaku. Walaupun sel darah merah makin bertambah, namun penghasilan plasma darah lagi bertambah dan menyebabkan keadaan yang kita panggil anemia relative atau fisiologi.

Apakah penanda aras hb rendah atau anemia?

Di kalangan populasi yang cukup zat besi, seseorang itu dikatakan mengidapi hb rendah atau anemia bila tahap hemoglobin kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.

Apakah penyebab hb rendah atau anemia semasa hamil?

1. Kekurangan zat besi

Terdapat 75 – 95% wanita yang mengandung mengidap anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi. Wanita yang mengandung sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung. Wanita yang mengandung disarankan agar meningkatkan pengambilan zat besi dalam diet harian mereka.

Pemeriksaan darah perlu dijalankan secara rutin semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Nilai MCV kurang dari 80 fL dan MCH kurang dari 27 pg menunjukkan kemungkinan anemia dengan saiz darah merah yang kecil dan pucat. Tahap hemoglobin yang kurang dari 7g/dl mesti dirujuk untuk siasatan lanjut dan rawatan susulan. Siasatan lanjut seperti kajian tentang zat besi dan analisa haemoglobin perlu dijalankan untuk memastikan kekurangan zat besi atau Talasemia.

2. Kekurangan Folate dan Vitamin B12

Kekurangan vitamin B dan folat lebih jarang ditemui berbanding dengan kukurangan zat besi. Walau bagaimana pun, folat atau asid folic disarankan untuk semua ibu mengandung untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) pada bayi.

Folat boleh didapati secara semulajadi dari sumber pemakanan dan asid folik boleh didapai dalam vitamin atau makanan tambahan.

3. Infeksi

Antara jangkitan infeksi yang boleh menyebabkan anemia adalah HIV, malaria, cacing, hepatitis, TB dan sebagainya. Sekiranya sejarah pesakit menunjukan terdapatnya pendedahan kepada jangkitan ini,maka perlu dijalankan siasatan yang berpatutan.

4. Talasemia

Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.

Bagaimana cara mengatasi masalah hb rendah atau anemia semasa hamil?

1. Makan makanan kaya kandungan zat besi

Zat besi penting untuk merangsang pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. Justeru perbanyakkan mengambil makanan yang kaya dengan kandungan zat besi. Contoh makanan yang kaya dengan sumber zat besi adalah daging ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, kerang, buah-buahan seperti labu dan tembikai, termasuk buah-buahan kering seperti kismis dan prun.

2. Makan makanan kaya kandungan vitamin C

Vitamin C membantu kecekapan penyerapan zat besi di dalam tubuh. Vitamin C mudah diperolehi di dalam sumber makanan berasaskan tumbuhan seperti buah oren, strawberi, betik dan sayuran berdaun hijau termasuk tomato dan cili.

3. Ambil suplemen tambahan

Kebanyakan pakar perubatan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan sebagai langkah berkesan menangani masalah anemia. Nutrisi suplemen bertujuan memudahkan pengambilan zat besi bagi ibu mengandung yang mengalami alahan ketika mengandung.

Apakah supplemen tambahan terbaik untuk mengatasi masalah hb rendah atau anemia?

Berikut adalah supplemen tambahan yang disyorkan untuk membantu masalah hb rendah atau anemia:

Vita-Lea with Iron Formula – Multivitamin Shaklee yang mengandungi 28 jenis vitamin & mineral temasuk zat besi dan vitamin B12 yang penting untuk membantu merangsang pembentukan sel darah merah.
B Complex – Mengandungi 8 jenis vitamin B yang utama termasuk vitamin B12 dan asid folic atau folat. Disamping membantu tumbesaran janin serta ibu mengandung mengawal tekanan dan stress (anti-stress).
Sustained Release Vitamin C – Membantu kecekapan tubuh menyerap zat besi dan B12. Selain membantu membekalkan tenaga dan menambah kecekapan sistem pertahanan tubuh.

Supplemen cadangan untuk atasi hb rendah semasa hamil

Supplemen cadangan untuk atasi hb rendah semasa hamil

Ada tak testimoni yang berkaitan?

Ada, kami kongsikan di sini video pengakuan seorang ibu yang pernah mengalami masalah hb rendah semasa hamil. Selepas 2 minggu mengambil vitamin Shaklee, bacaan hb menjadi normal. Hingga beliau sendiri terkejut, nurse pun terkejut. Saksikan..

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil – Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Bagaimana untuk mendapatkan supplemen dari Shaklee?

Jangan risau, saya bantu anda. Untuk pertanyaan lanjutdan pembelian, hubungi saya:

Zefa NorAsmara binti Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Independent Distributor
011-11537821
zefa_asmara@yahoo.com
.
.
.
(Visited 2,491 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge