Jenis-jenis Diabetes Atau Kencing Manis Yang Kita Perlu Tahu

diabetes11

Diabetes atau kencing manis

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dan merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia termasuk Malaysia. Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal. 

Jenis-jenis Diabetes (Kencing Manis)

1) Diabetes Mellitus

Diabetes Mellitus merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa masuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat.
.
Diabetes Mellitus terbahagi kepada 2 jenis:

1.1 Diabetes Mellitus Jenis Pertama (Type 1)

✔ Diabetes Mellitus Jenis Pertama (Type 1) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetes awal remaja.

✔ Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.

✔ Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.

✔ Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
✔ Dalam 10% penghidap diabetes adalam dalam kategori jenis pertama.
.

1.2 Diabetes Mellitus Jenis Kedua (Type 2)

Diabetes Mellitus Jenis Kedua (Type 2) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan.

✔ Diabetes jenis ini oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

✔ Dalam 85% penghidap diabetes adalah dalam kategori jenis pertama.
.

2) Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)

 ✔ Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.

✔ Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.

✔ Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. 
.
✔ Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.
.

3) Diabetes bentuk lain

✔ Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
.
Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

(Visited 1,034 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge