Semalam kawan ibu datang berziarah. Memandangkan mereka maklumkan lebih awal, sempatlah ibu masak-masak sikit. Ibu hidangkan kepada tetamu pulut kuning, kari kambing dan puding kastad koktel berkuah sebagai pencuci mulut. Cuma masa hidangtu masing-masing makan begitu sahaja tanpa kuah. Puding tu senang sangat nak buat, bahan pun tak banyak. Mari ibu kongsikan resepinya.
Resepi Puding Kastad Koktel Berkuah
Puding Kastad
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung kastad
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
1 tin buah-buahan koktel (asingkan airnya)
Cara-caranya:
1. Didihkan 4 cawan air dan gula dalam periuk
2. Masukkan susu cair
3. Dalam mangkuk lain bancuh tepung kastad dan 1 cawan air hingga sebati dan tidak berketul. kemudian tuang dalam periuk. Kacau rata sehingga adunan meletup-letup.
4. Matikan api dapur dan tuang aduanan kastad dalam bekas kaca.
5. Tabur buah-buahan koktal yang telah diasingkan airnya di atas puding. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dalam peti sejuk.
Kuah Puding
Bahan-bahannya:
1 tin buah-buahan koktel (airnya)
1 tin susu cair
1/2 cawan gula (ibu tak letak sebab suka manis-manis buah sahaja)
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan di atas dan sejukkan.
Cara menghidangkannya:
Senduk puding kastad koktel ke dalam mangkuk dan siramkan kuah. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Wah, sambil menulis ni pun terasa-rasa kesegarannya semasa meluncur ditekak. Cubalah!
Wah sdp nyo