Review ~ Instant Shawl Labuh Inspirasihana

Semenjak awal 2015, ibu dah mula terjebak pakai shawl. Bila pakai shawl tu adala perasaan nampak muda sikit. Ecewah! Hehe.. Yang penting, labuh tutup dada. Tapi memandangkan ibu tak ada bakat melilit shawl dengan pantas, maka ibu memilih instant shawl je. Membelit tu boleh, tapi ibu suka pakai sesuatu yang cepat dan pantas..

Setakat ni koleksi instant shawl ibu hanya dari 3 jenama iaitu Inspirasihana, Durraidaman dan Eedaz Collection. Tapi koleksi paling banyak adalah dari Butik Inspirasihana. Harini insyaAllah ibu nak buat review sikit tentang instant shawl Inspirasihana ni..

 

Tutorial Shawl Instant Fiena dari Butik Inspirasihana

Tutorial Shawl Instant Fiena dari Butik Inspirasihana

Shawl labuh Inspirasihana ni banyak jenis tapi ibu paling suka shawl instant Fienna macam yang model ni pakai. Kalau tak silap ada 12 warna dan ibu dah ada koleksi 6 warna..

Shawl ni dari material chiffon, agak nipis dan perlukan inner. Ibu suka instant shawl ni sebab ringkas, sekali sarung, tak perlu lilit dan labuh yang sederhana. Sesuai dengan ketinggian ibu yang tak berapa tinggi ni..

Cuba tengok tutorial pakai shawl instant ni. Senangkan? Sarung dan siap!

Shawl ni sangat sesuai untuk mereka yang selalu bertudung saiz L dan XL. Juga boleh dikecikkan menjadi saiz M dan S dengan hanya menarik tudung ke atas bahu. Tapi eloklah labuhkan, tutup apa yang sepatutnya ditutup. Kan?

Tudung ni juga boleh digayakan dengan inner berawning dan juga yang tanpa awning. Ibu ikut dan je, kadang-kadang pakai yang ada, kadang-kadang sarung macam tu je. Di bawah ada sedikit koleksi gambar-gambar ibu memakai shawl Instant Inspirasihana.

 

Shawl Instant Fiena warna cream dari Butik Inspirasihana

Shawl Instant Fiena warna cream dari Butik Inspirasihana

Yang ni warna cream, ibu gayakan dengan inner tanpa awning. Tudung ni nampak singkat sikit, mungkin faktor sling bag yang ibu pakai. Gambar ni diambil semasa aktiviti KL City Tour, hari pertama Shaklee National Conference baru-baru ni..

Shawl Instant Fina warna hitam dari Butik Inspirasihana

Shawl Instant Fina warna hitam dari Butik Inspirasihana

Yang ni pula warna hitam, pun ibu gayakan dengan inner tanpa awning. Tudung ni ibu padankan dengan jubah masa dinner hari kedua Shaklee National Conference..

 

Review shawl instant Fiena dari Inspirasihana

Shawl instant Fiena Violet dari Inspirasihana

Cikgu tadika mana pula ni? Ibu bukan cikgu tadika ye, ini salah satu program komuniti yang ibu buat dan melibatkan kanak-kanak tadika. Yang ni warna violet, ibu pakai pergi kerja.

Shawl Instant Fiena warna biru dari Butik Inspirasihana

Shawl Instant Fiena warna biru dari Butik Inspirasihana

Cari punya cari, jumpa yang ni je ibu pakai shawl instant Fiena dengan inner berawning. Itu pun tak nampak muka, tapi jadilah nampak tepi-tepi pun. Gambar ni masa ibu buat outreach di sebuah kawasan flat kos rendah..

 

Wide Shawl Instant Chiffon Rossy Inspirasihana

Wide Shawl Instant Chiffon Rossy Inspirasihana

Okey, yang ni koleksi dari Inspirasihana yang terbaru ibu beli. Tak baru jugalah, sebelum raya baru ni. Yang ni Wide Shawl Instant Chiffon Rossy dan lebih labuh dari Fiena.

Secara umumnya, ibu suka shawl-shawl instant dari Inspirasihani. Jika anda semua nak cuci mata dengan tudung-tudung keluaran Inspirasihana boleh layari www.inspirasihana.com atau klik banner di bawah.

Ad

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 769 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge