Cara mengatasi Kejang Akibat Urat Simpul Atau Vena Varikos (Vericose Veins)

114122914

Cara mengatasi Kejang Akibat Urat Simpul Atau Simpul Biawak

Kejang akibat urat simpul adalah satu keadaan yang sering berlaku pada ibu-ibu yang sedang hamil. Ia juga boleh berlaku kepada ahli sukan, warga emas, mereka yang mengalami obesiti dan sesiapa sahaja.

Urat simpul atau Vena Varikos (Varicose Veins) juga dikenali di Malaysia sebagai simpul biawak, tarik mengkarung dan tersentak di kalangan orang Kelantan. Walaubagaimanapun istilah simpul biawak dan tarik mengkarung ini juga adakalanya digunakan untuk masalah kekejangan otot atau muscle cramp.

Saya secara peribadi pernah mengalami urat bersimpul semasa mengandungkan Yusuf dan Maryam dulu, cuma alhamdulillah tidak kerap. Kalau tak silap, hanya sekali sepanjang tempoh kehamilan. Tapi tak mengandung pun pernah kena, kali terakhir 3 tahun yang lepas. Bila kena, memang sakit hingga kejang la jadinya dan masyaAllah memang tak tertanggung! Hanya yang dah pernah kena tau rasanya.

Bila dah kena dan tahu rasanya, seboleh-bolehnya tak mahu ianya berulang. Saya cuba mencari info-info berkaitan dan kongsikannya di Keluarga Sihat Dot Com untuk rujukan bersama. Saya tuliskan dalam bentuk soal dan jawab berdasarkan persoalan-persoalan yang saya mahu tahu.

Teruskan membaca ya..

APAKAH SEBENARNYA VENA VARIKOS ATAU SIMPUL BIAWAK ITU?

Vena varikos adalah keadaan yang mana salur darah vena yang besar, kelihatan berbelit-belit, bengkak dan membonjol. Ia sering berlaku dan cukup jelas di bahagian kaki dan belakang betis.

Varicose_veins

Perbezaan di antara salur vena yang normal dan yang bersimpul (varicose vein)

APAKAH PUNCA TERJADINYA VENA VARIKOS ATAU SIMPUL BIAWAK?

Vena varikos atau simpul biawak berpunca sama ada pengaliran darah yang perlahan dan menyebabkan darah terkumpul di dalamnya, atau injap di dalam vena tidak berfungsi dengan baik hingga menyebabkan darah yang mengalir turun mengikut graviti terkumpul dalam vena kaki. Keterangan ini dapat diperjelaskan lagi dengan gambar di bawah.

vaicose-veins-graphic

Gambaran perbezaan aliran darah pada vena yang normal dan vena yang bersimpul

MENGAPA VENA VARIKOS ATAU SIMPUL BIAWAK SERING TERJADI KEPADA IBU HAMIL?

Ia disebabkan oleh pembesaran janin yang menekan atau memberi tekanan ke atas vena di bahagian pelvik dan vena kava bawah (inferior).

Vena yang besar, terletak di bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian kaki dan sebahagian besarnya dari bahagian pelvis dan organ-organ abdomen. Keadaan ini akan meningkatkan tekanan darah dalam vena di kaki dan menyebabkan pembentukan vena varikos.

Di samping itu, peningkatan hormon progesteron menyebabkan dinding saluran darah mengendur. Apabila anak dalam kandungan membesar, rahim juga turut membesar, menjadikan vena-vena semakin jelas kelihatan. Ketika mengandung, anda akan lebih mudah mendapat vena varikos di kaki – walaupun ia boleh terjadi di mana-mana saja bahagian badan, seperti di leher.

DI MANA BAHAGIAN SELALU BERLAKU VENA VARIKOS ATAU SIMPUL BIAWAK?

Vena varikos atau simpul biawak sering berlaku pada belakang kaki terutama di antara betis dan peha. Namun ia juga boleh berlaku pada perut, tapak kaki, leher, bahu, belikat, tapak tangan dan jari.

ADAKAH TIPS ATAU CARA UNTUK MENGELAKKAN VENA VARIKOS ATAU SIMPUL BIAWAK?

Berikut adalah tips dan cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan vena varikos atau simpul biawak;

1. Selalu lakukan regangan dan senaman ringan untuk melancarkan peredaran darah

2. Elakkan berdiri terlalu lama dalam satu posisi. Cuba bawa berjalan atau gerak-gerakkan sedikit kaki agar darah dapat mengalir dengan

baik

3. Elakkan duduk terlalu lama. Jangan biarkan kaki tergantung dan cuba tinggikan kaki dengan meletakkannya di atas kotak, ‘stool’ dan sebagainya.

4. Elakkan menyilangkan kaki ketika duduk untuk mengelakkan tekanan ke atas urat-urat kaki

5. Vena kava inferior terletak di sebelah kanan, jadi baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atasnya. Letakkan bantal di bawah kaki dan satu lagi di belakang badan.

6. Berat badan yang berlebihan adalah salah satu punca berlaku vena varikos atau kejang akibat urat simpul. Jadi, amalkan pemakanan sihat dan kawal berat badan

7. Pakai stokin kesihatan yang dijual dipasaran. Ia dikatakan membantu peredaran darah dan mengelakkan kebas-kebas kaki.

ADAKAH CARA TRADISIONAL UNTUK MENGATASI SIMPUL BIAWAK ATAU TARIK MENGKARUNG?

Ya, ada jug acara tradisional. Boleh cuba jika sesuai dengan keadaan masing-masing..

1. Rendam kaki di dalam air suam selama setengah jam sehari

2. Sapukan minyak angin pada bahagian yang kejang

3. Tumbuk halia dan gaulkan dengan minyak tanah. Sapukan pada bahagian yang kejang dan balut dengan kain

4. Rebus kaki ayam dan masukkan abu biji durian yang telah dibakar. Minumnya air setiap hari

5. Tumbuk daun kecubong bersama kapur sireh dan tampalkan pada bahagian yang kejang

6. Buat urutan tradisional

Alhamdulillah, 13 cara mengatasi kejang akibat urat simpul dapat dikumpulkan dalam catatan ini. Semoga info-info di atas dapat membantu semua yang membaca terutama ibu-ibu yang sedang hamil. Apa pun dugaan yang diterima semasa hamil, hadapinya dengan tenang dan sentiasa berfikiran positif. Semoga anak yang dikandung akan dilahirkan dengan selamat, sihat dan sempurna. Aamiin..

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
.
.
(Visited 8,973 times, 4 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge