Kenangan Percutian di Lexis Hibiscus Port Dickson

Alhamdulillah, dengan izin dan nikmatNya yang tak terhingga anakanda kami Maryam Nabihah genap berusia 8 tahun pada 16 Ogos 2015 yang lepas. Saya dan suami menghadiahkan percutian singkat sekeluarga kepada birthday girl.

Sebab Maryam nak mandi kolam, jadi kami ambil keputusan untuk menginap di hotel yang mempunyai private pool. Boleh la birthday girl mandi puas-puas. Abang, ibu dan ayah pun boleh tumpang sekaki. Hehe..

Memandangkan kami pernah bercuti di Grand Lexis Port Dickson (klik) sempenan ulang tahun anakanda Yusuf (klik) sebelum ini, jadi kali ini kami memilih untuk bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson pula. Mana lagi best? Jemput teruskan pembacaan ye..

Lexis Hibiscus2

Pemandangan Lexis Hibiscus Port Dickson dari udara. Gambar dari web rasmi hotel

Lexis Hibiscus Port Dickson adalah sebuah hotel 5 bintang yang baru dibuka pada awal 2015. Berkonsepkan hotel di atas air, serta mempunyai private pool dan bilik stim (sauna) disetiap bilik. Ada beberapa jenis bilik yang ditawarkan dengan harga bermula dari RM800.00++ semalam. Untuk info lanjut tentang bilik dan harga boleh klik http://www.lexishibiscuspd.com/ lawan web rasmi hotel tersebut.

Masa mula-mula dibuka dulu, ada juga tawaran harga promosi serendah RM400.00++. Tapi masa tu kami tak tahu lagi tentang kewujudan hotel ni. Sekarang dah mahal, tapi mahal pun mahal la, janji anak-anak happy. Anak-anak happy, ibu dan ayah pun mesti happy. Weee!!

Kami pilih bilik yang paling murah (murah yang tak murah) iaitu Executive Pool Villa dengan harga RM899.00 semalam. Ini harga booking last minit. Kalau tempah awal mungkin murah sikit. Mungkin la, sebab ada baca komen kawan-kawan yang dapat harga RM800.00 dan RM850.00

Oh ya, jangan lupa sediakan extra duit kerana pihak hotel akan meminta RM200.00 sebagai deposit yang akan dipulangkan semasa check out..

Jom jelajah Executive Pool Villa Lexis Hibiscus PD yang kami duduk tu!

Bilik ni besar dan ditatahias gaya moden . Jom tengok!.

DSCN7787

Bilik

Bilik yang luas dengan 2 buah katil bersaiz king. Nak datang beramai-ramai pun boleh..

 

DSCN7788

Kemudahan

Ada tv besar dengan pelbagai rancangan, ada free wifi, ada mini peti sejuk..

 

DSCN7802

Minuman

4 botol air minuman disediakan, 2 lagi dalam mini peti sejuk..

 

DSCN7789

Tandas, bilik air dan sink

Tandas, bilik air dan sink yang berasingan. Agak seksi awww serba cermin sana sini. Tapi jangan risau ada bidai yang boleh diturunkan..

 

DSCN7811

Toiletries

Hotel toiletries yang lengkap termasuk berus gigi, ubat gigi, sikat dan shaver.

 

DSCN7790

Glass panel

Ada glass panel untuk mengintai ke bawah bilik. Ini PD ok, jadi jangan mengharapkan air yang jernih dengan ikan-ikan berenang. Hihi..

 

DSCN7834

Almari dan streka

Ada almari pasang siap yang lengkap dengan streka dan papannya. Dalam almari tu juga ada payung, beg kain kotor, bag kanvas dan selipar bilik. Ada juga baju yang macam tuala tu (maaf saya tak tahu namanya).

 

Hotel ni ada private pool dan sauna! Bestnya!!

Selain kedudukannya di atas air laut, keistimewaan utama Lexis Hibiscus PD ini alah private pool dan saunanya..

 

DSCN7807

Bilik sauna

Inila bilik sauna tu, berada di luar bilik. Jadi, jaga-jaga.. Jangan seksi meksi okay. Ibu dan ayah ada juga bersauna, tapi upsss. No gambar-gambar part yang itu..

 

DSCN7791

Pool

Pool untuk bilik Executive Pool Villa. Kecik je, tapi ok la untuk rendam-rendam badan. Nak kuak lentang, sila terjun bawah tu dalam laut. Ehhh.. Jangan!! Statement bergurau sahaja..

 

DSCN7794

Tempat bersantai

Ada tempat bersantai. Jadi sambil-sambil pantau anak-anak, ibu dan ayah boleh lepak-lepak minum-minum di situ..

 

DSCN7806

Pemandangan dari balkoni

Pemandangan dari balkoni. Bilik kami menghadap bilik orang lain, tapi nampak juga pemandang ke laut..

Anak-anak mandi-manda di private pool. Best ke?

Tujuan utama kami datang sini memang nak bagi anak-anak mandi. Jadi aktiviti kami, mandi, mandi dan mandi. Lepas check in Yusuf dan Maryam terus mandi, berhenti kejap keluar dinner, balik dinner terjun balik kolam sampai kecut. Lepas tu tidur, bangun tidur lepas solat terus terjun kolam lagi. Budak-budak ni bukan kisah sejuk ke apa.

Sampai sarapan pun tepi pool, malam tadi masa keluar dinner dan bungkus siap-siap. Dah bayar mahal-mahal, gunalah masa yang ada sebaik-baiknya. Nak mandi kolam sangat kan? Haa, silakannn..

Best atau tidak, tengok saje aksi-aksi Yusuf dan Maryam tu. Layann..

 

DSCN7827

 

DSCN7826

 

DSCN7828

 

DSCN7823

 

DSCN7830

 

DSCN7829

Alhamdulillah, Yusuf dan Maryam suka dengan Lexis Hibiscus Hotel ni, mereka suka dengan rekabentuknya, mereka suka kolamnya. Secara keseluruhannya Yusuf dan Maryam sangat-sangat happy dengan percutian ni. Budak-budak kan, mereka memang sangat menghargai ‘sebuah kegembiraan’..

Anak-anak gembira, ibu dan ayah turut gembira. Tetapi sebagai seorang dewasa yang tahu menilai, kami juga melihat beberapa kelemahan. Tapi ini adalah perkara yang subjektf, kami rasa tak bagus tidak bermakna orang lain juga rasa begitu.

10 perkara tak best bagi kami di Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson

1. Masa check in yang sangat lewat dan tiada kompromi untuk check out

Masa check in yang ditetapkan adalah pada jam 4.00 petang. Pada pandangan peribadi saya, ianya adalah terlalu lewat.

Masa check out yang ditetapkan pula adalah pada jam 12.00 tengahari. Kami keluar bilik bergambar sementara menunggu buggy (yang tak sampai-sampai) dan bila nak masuk balik jam 12.05 kad excess sudah tidak dapat digunakan.

Kami berjemur dan berpanas di luar hinggalah kami berjaya menahan sebuah buggy yang lalu. Itu pun buggy yang hendak ke bilik lain sebenarnya, bukan yang kami panggil. Kalau tak? Memang kena menapakla ke front desk semata-mata nak aktifkan semula kad excess yang dah tak berfungsi tu.

2. Perkhidmatan buggy yang saaaangat lambat dan terhad

Semasa check in kami berbaris panjang untuk mendapatkan giliran menaiki buggy. Bila dah sampai giliran, terpaksa pula berhimpit-himpit kerana pemandu tidak menghadkan penumpang yang naik.

Semasa kami nak keluar makan malam, buggy yang dipangil tak datang-datang. Bayangkan, call jam 6.45 pm, tapi lepas kami siap solat Maghrib pun tak sampai-sampai. 4 kali call, 4 kali juga la operator tu kata buggy akan datang sebentar lagi.

Sudahnya? Kami jalan kaki.

3. Tidak betul-betul privacy

Saya tak nafikan, hotel ini sangat menarik dengan setiap bilik mempunyai bilik sauna dan poolnya sendiri. Tetapi, anda harus tahu bahawa ianya terbuka. Bagi Muslimah, anda tetap perlu menutup aurat.

Lebih tidak menarik, jika bilik yang kita dapat menghadap bilik orang lain. Setiap aksi kita, (walaupun di dalam kolam) dapat disaksikan oleh orang-orang yang berada di bilik hadapan. Pool hotel ni berdinding cermin, jadi memang transparent. Jadi jangan buat aksi pelik-pelik dalam air ya. Hehe..

DSCN7805

Ini pemandangan hadapan bilik kami yang menghadap ke bilik orang lain..

Jika anda booking bilik anda awal, anda mungkin boleh memilih lokasi bilik yang kita mahu. Walaubagaimanapun, tiada jaminan dari pihak hotel. Macam kami ni, memang booking last minit. Jadi terima sajalah apa yang dapat.

4. Tidak berbumbung

Pool hotel ini di bina tidak berbumbung. Maka aktiviti mandi manda juga dipengaruhi oleh cuaca. Kalau hujan, memang tak dapatlah nak beraktiviti.

5. Peralatan letrik yang rosak

Bagusnya hotel ni, setiap bilik dilengkapi dengan streka dan papan gosoknya sekali. Jadi, tak perlu meminta-minta lagi atau perlu berkongsi dengan orang lain. Tapi..

DSCN7832

Ini rupa paras streka yang ada dalam bilik kami.

Rupa paras satu perkara, tidak berfungsi pun satu perkara. Sudahnya, terpaksa jugalah call room servise untuk minta streka yang lain.

6. Tandas dan bilik mandi yang ‘seksi’

Tandas, bilik mandi dan sink bilik air hotel ini dibina berasingan dan berdindingkan cermin kabut. Tapi, bukan itu isunya. Isunya, ianya tiada kunci dan ada ruang di antara kepingan cermin. Senang kata, kita boleh di intai dari luar dan juga boleh ‘diterjah’ bila-bila masa oleh rakan sebilik.

7. Internet yang sangat lemah

Kemudahan wifi disediakan disetiap bilik. memang best bunyinya. Tapi maaf kata, ada bagaikan tiada. Internet sangat lemah, nak buka facebook pun tak lepas.

8. Siaran tv menggunakan internet

DSCN7816

Tidak jelas dan berkotak-kotak

Tv besar, rancangan menarik, tapi siaran tak bagus sebab line internet tidak bagus. Sabar ajelah tengok cerita dengan kotak-kotak berjoget di depan mata.

9. Tiada sarapan pagi disediakan

Dengan jumlah bayaran yang dikeluarkan, sepatutnya sediakanlah sarapan untuk sekurang-kurangnya dua orang. Ini tiada langsung. Kalau nak sarapan di hotel, RM35.00 satu kepala. Hmmm.. Tak apalah, golongan marhain seperti kami sarapan di luar aje..

10. Tiada saluran untuk mengadu

Ketika check out, saya meminta borang kepuasan pelanggan untuk diisi. Petugas kaunter hanya menjawab, tiada. Bila saya kata saya nak komplain, beliau hanya memberikan sehelai kertas kosong dan sebatang pensil.

Bila saya mula pot pet pot pet, manager bertugas keluar dan berkata; Puan boleh email kepada saya. Tapi maaf la, saya tak sempat email. Saya tulis terus dalam blog.

Dalam menulis, sedar tak sedar 10 perkara tak best saya dapat senaraikan. Tapi percayalah, ianya sedikit pun tak menjejaskan kegembiraan Yusuf dan Maryam. Mereka benar-benar enjoy dengan percutian ni..

Saya senaraikan perkara tak best tu bukan untuk memburuk-burukkan pihak hotel pun. Ini sekadar catatan apa yang saya alami dan saya kongsikan dengan pembaca. RM800.00++ bukan nilai yang rendah (bagi saya), jadi ianya juga boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berhajat nak melepaskan RM800.00++ dalam simpanan kepada hotel ini. Kan?

Mana lagi best antara Grand Lexis atau Lexis Hibiscus?

Memandangkan kami pernah menginap dikedua-dua buah hotel, maka ini soalan paling ‘win’ dari kawan-kawan. Jawapan saya, dua-dua pun best sebab kedua-duanya pun percutian singkat yang menyeronokkan bagi kami.

Tapi secara ringkasnya..

  • Jika anda mahu privacy, Grand Lexis lebih menepati kehendak anda.
  • Jika anda mahu hotel yang nampak moden, nampak mewah dan suasana terbentang luas, Lexis Hibiscus adalah jawapannya..
  • Pool Grand Lexis lebih besar dan berbumbung (ada juga yang tak berbumbung)
  • Dan, kami tiada sebarang masalah sepanjang menginap di Grand Lexis.

Lain orang, lain citarasa dan pandangan. Selain catatan ini, anda boleh klik link-link ini dan buat penilaian sendiri.

Percutian ke Grand Lexis Port Dickson

Private Pool Grand Lexis Port Dickson

Muhammad Yusuf Nabhan 9 Tahun

Catatan ini dibuat sebagai rakaman kenangan percutian kami dan juga sebagai panduan kepada pembaca yang merancang mahu bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
.
.
(Visited 23,426 times, 6 visits today)

You may also like...

8 Responses

  1. rizz says:

    terima kasih atas perkongsian/review
    rizz recently posted…Dapur oh dapur: Pasang lampu downlight OmloppMy Profile

  2. rashidi ramli says:

    terima kasih kerana kongsi pengalaman. Tapi bagi pendapat saya, saya tidak suka bercuti di Port Dickson sebab hampir setiap kali mengikut saudara-mara kesana, pasti ada masalah dari segi customer service dari pihak hotel. Dari manager sampai la kuli, semua tak bagus. Complaint pun hanya sekadar kering air liur dan membazir kertas sebab pihak hotel langsung tak layan, not even say sorry.

  3. Anne says:

    Menarik catatan sis…terima kasih juga.saya tgh intai2 juga lexis ni, tp kne booking awallah ye klu xnak ngadap bilik org dan sbb nnti xde privasy kn…ape pun..tq..
    Ada ms lawatlah blog saya ye…. http://amanne8257. blospot.com

  4. Lexis PD says:

    Hi,
    Nampak bestnya cuti ke Port Dickson.
    Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni – discount rates at Lexis PD
    Lexis PD recently posted…Legend Port Dickson: Premium Tower Suites Discounted Rates at Lexis PDMy Profile

  5. junior says:

    Info yg bagus kpd semua

  6. AFFANDI says:

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge