Kenapa Wanita Mengandung Asyik Rasa Panas dan Dahaga?

Hari Ahad baru-baru ni ibu, En Ayah, Yusuf dan Maryam pergi sungai Besar. Kami pergi kedai baju kegemaran kami Arked Man, salah satu tujuannya nak cari kain sekolah agama Maryam yang dah jadi mangsa streka. Huhu.. Lepastu kami ke Pasaraya Sri Kassim nak cari barang dapur untuk mak..

Semalam cuaca sangat panas. Bila dah panas, tekak pun rasa dahaga. Masa kami minum di Restoran Kuala Kurau, ibu ternampak seorang mommie ni tengah pregnent, terus teringat zaman-zaman mengandungkan Yusuf dan Maryam dulu.

pregnant mom

Gambar hiasan

Kenapa Wanita Mengandung Asyik Rasa Panas dan Dahaga?

Masa mengandung asyik rasa paaaanas dan dahaga. Hmm.. Ibu-ibu muda, agak-agak tahu tak kenapa ibu hamil asyik rasa panas dan dahaga? Jom baca seterusnya..

Kenapa Wanita Mengandung Asyik Rasa Panas?

1. Tubuh wanita mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.

2. Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh  janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.

3. Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas.Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.

4. Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu-ibu pitam dan pengsan. (sumber)

Kenapa Wanita Mengandung Asyik Rasa Dahaga?

1. Peningkatan Hormon

Semasa mengandung, hormon menjadi tidak seimbang terutama pada peringkat awal. Peningkatan hormon estrogen turut membuatkan rasa haus.

2. Untuk Hidrasi

Cecair diperlukan sepanjang mengandung kerana salah satu kegunaannya adalah untuk penghasilan cecair kantung amnion/kantung ketuban. Ia berfungsi untuk melindungi bayi. Air juga diperlukan buah pinggang untuk membuang sisa pembuangan dari dalam badan termasuk sisa pembuangan yang dihasilkan oleh bayi.

3. Peningkatan Bekalan Darah

Bekalan darah ke dalam rahim akan meningkat ketika mengandung seiring dengan perkembangan rahim dan untuk memenuhi keperluan plasenta yang mula berfungsi. Keperluan darah sangat penting untuk nutrisi bayi dalam kandungan dan keperluan oksigen di mana darah berfungsi sebagai agen pengangkutan oksigen ke seluruh badan. Nutrisi dan oksigen ini diperlukan oleh sel-sel untuk terus berkembang. Tidak hairanlah ibu hamil kerap haus apabila usia kehamilan semakin bertambah. Ini kerana keperluan darah yang semakin meningkat menyebabkan rasa dahaga terus bertambah.

4. Penurunan tekanan darah

Kadang kala berlaku penurunan tekanan darah pada 24 minggu pertama kehamilan. Ini kerana jantung perlu mengepam darah lebih banyak dan bekerja lebih kuat di seluruh badan. Selain rasa dahaga, ibu turut akan bernafas lebih cepat, pucat, mual, penglihatan kabur dan pening kepala. (sumber)

Jadi mommies, rasa panas dan sering dahaga tu adalah satu perkara biasa semasa kehamilan. Pastikan anda minum air kosong yang secukupnya..

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
.
.
.

 

(Visited 4,408 times, 3 visits today)

You may also like...

1 Response

  1. zainol bin kassim says:

    Saya selalu rasa kebas dan menyucut.nyucut bahagian bawah tapak kaki.dan letih serta mengantuk.apa penyakit yang saya hadapi.apakah langkah rawatan yang harus saya lakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge