Mengapa Rasa Kebas Pada Hujung Jari, Tangan dan Kaki Berlaku?

kebas

Minggu lepas ketika saya berada di kampung halaman, saya menerima pertanyaan dari seorang kawan yang mendakwa sering rasa kebas-kebas di hujung jari. Beliau mahu tahu kenapa ia terjadi?

Dalam suasana masih berhari raya bersama ahli keluarga, saya hanya sempat berkongsi satu link artikel dari laman web Kementerian Kesihatan yang saya selalu rujuk kepada beliau. InsyaAllah, sekarang saya kongsikan pula info tersebut kepada pembaca-pembaca Keluarga Sihat Dot Com.

Rasa Kebas Pada Hujung Jari, Tangan dan Kaki

Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.

Apa yang menyebabkan rasa kebas berlaku?

Rasa kebas boleh disebabkan oleh:

1. Masalah urat saraf

  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.

2. Gangguan pada saluran darah

  • Pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, serta amalan tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol adalah antara punca penyempitan saluran darah
  • Keadaan ini menyukarkan proses aliran darah keseluruh tubuh
  • Salur darah di hujung kaki yang menyempit akan membuatkan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki.
  • Keadaan ini sering terjadi kepada pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan strok.

3. Lain-lain

Apa saya perlu buat jika sering rasa kebas?

Dalam keadaan biasa, rasa kebas adalah sesuatu yang biasa dan tidak perlu dirisaukan.

Contoh situasi biasa adalah seperti tertindih lengan semasa tidur. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas disebabkan ketika lengan kita tertindih, urat saraf terganggu sehingga membuatkan aliran darah menjadi sempit.

Begitu juga apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti itu adalah normal.

Gerakkan anggota badan yang terlibat secara perlahan-lahan dan buat aktiviti regangan untuk melegakan rasa kebas yang dialami.

Tetapi, anda disarankan untuk membuat temujanji berjumpa dengan doktor sekiranya:

  • Rasa kebas kerap berlaku dan berulang-ulang
  • Keadaan kebas yang dialami bertambah teruk
  • Kebas melibatkan kedua-dua bahagian badan
  • Kebas terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu dan
  • Rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan

Paling penting, sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:

  • Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
  • Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.

Ambil supplemen tambahan sebagai alternatif

Berikut adalah supplemen tambahan yang disyorkan untuk membantu masalah sering rasa kebas:

1. Ostematrix

Kekurangan kalsium antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. OsteMatrix mengandungi kalsium dan magnesium pada nisbah seimbang di mana magnesium penting untuk penyerapan kalsium.

Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, osteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, zinc, vitamin D dan mangan. Mangan diketahui dapat menurunkan kandungan gula dalam darah.

Ostematrix berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

2. B Complex

Kekurangan vitamin B12 juga antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. B Complex mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. B Complex juga menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi.

3. Omega Guard

1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
.

4. Vitalea

Vitalea adalah multivitamin lengkap yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan tumbuhan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

5. Vivix

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia bertindak sehingga ke peringkat sel dan DNA. Ia membantu masalah saraf dan salur darah yang mungkin berkait rapat dengan masalah kebas-kebas.

Testimoni ~ Rasa Kebas dan Penat Berkurang

 Testimoni 1

Jemput klik video ni. Ia tentang perkongsian seorang ibu muda yang pernah rasa sengal dan kebas di tangan hingga nak lipat kain pun susah. Kaki pun sakit juga. Tapi sekarang dah boleh join suaminya maraton. Wah! Dia ambik apa ye? Jemputla klik.

Testimoni 2

Testimoni ~ Rasa Kebas dan Penat Berkurang dengan Vivix Shaklee

Ini testimoni seorang pelanggan kami yang sebelum ini mengalami masalah ada rasa kebas-kebas dan mudah penat. Walaubagaimanapun kini rasa tersebut makin berkurang setelah berikhtiar dengan Vivix Shaklee atas izin Allah swt. Kisah lanjut tentang pelanggan ini ada saya tuliskan dalam entry ini. Klik.

Bagaimana untuk mendapatkan supplemen dari Shaklee?

Jangan risau, saya bantu anda. Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian, hubungi saya:

Zefa NorAsmara binti Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Independent Distributor
011-11537821
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 124,465 times, 163 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge