Petua Tradisional Hilangkan Kutu Dikepala Yang Komfom Menjadi

Petua hilangkan kutu kepala

Alhamdulillah, dah dua tahun kami sekeluarga tiada lagi ‘kisah kutu’. Sebelum itu, ada saja kisah anakanda Maryam dan kutu. Begitulah lumrah anak perempuan yang tinggal di taska agaknya. Mujur Yusuf tak pernah kena, mungkin faktor rambut yang sentiasa pendek.

Bermula dari umur 4 tahun, tiap-tiap tahun Maryam kena serangan kutu. Hilang dan kemudian muncul lagi. Mula-mula kami gunakan shampu khas untuk kutu. Tapi bau dia masyaAllah, sangat memeningkan kepala. Kalau bau je dah macamtu, apalah agaknya kandungan shampu tu kan? Masa melumurpun perlu sangat berhati-hati takut terkena mata.

Hinggalah ketika dia berumur 6 tahun, tak tahan dengan bau shampu kutu lagi En Ayah memilih untuk ‘mengoperasi’ kutu di kepala Maryam dengan kaedah tradisional. Tiada lagi bau busuk teramat, tiada lagi bahan kimia, tidak lagi risau terkena mata, dan kaedah ini diyakini lebih selamat. Cuma masatu tak pasti ianya akan berkesan atau tidak.

Alhamdulillah, operasi berjaya membanteras kutu-kutu dikepala Maryam dengan jayanya. Malah, itulah kali terakhir dan tiada lagi ‘kisah kutu dan Maryam’ selepas itu. Caranya?

Caranya mudah sahaja, tumbuk beberapa ulas bawang putih dan gaulkan dengan minyak masak sehingga sebati. Lumurkan pada kepala dan celah-celah rambut hingga rata. Kemudian bungkus kepala dengan palstik dan biarkan selama setengah jam. Selepas itu basuh kepala serta rambut bersih-bersih dan keringkan. Ulang beberapa kali sehingga kutu tiada. Rajin-rajin juga sikat rambut menggunakan sisir rambut khas untuk membuang kutu.

Petua Hilangkan kutu

Gambar ini pasti akan menjadi kenangan Maryam bila besar nanti. Hihi.. Gambar ni diambil pada tahun 2013, operasi kisah terakhir Maryam dan kutu. Maryam marah sebenarnya masa ibu nak ambik gambar ni, jadi ibu curi-curi ambil gambar dari belakang. Apapun, alhamdulillah dah 2 tahun Maryam bebas kutu dan mudah-mudahan tak akan ada lagi kisah itu.

Jika anda ada masalah seperti ini, saya sarankan untuk anda mencuba. Kami dah cuba dan ianya menjadi!

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 1,099 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge