Senaman Untuk Melegakan Sakit Belakang Semasa Hamil

senaman sakit belakang semasa mengandung 7

Sakit Belakang Semasa Hamil

Sakit pada bahagian belakang adalah satu keadaan yang boleh berlaku pada sesiapa sahaja termasuk wanita yang sedang mengandung.  Bagi ibu yang hamil, keadaan itu adalah normal kecuali sakit itu terlalu kuat atau tidak hilang walaupun setelah berehat.

Punca sakit belakang semasa tempoh kehamilan

Sakit belakang sering terjadi kepada wanita hamil kerana bayi yang semakin membesar dan menyebabkan perut yang semakin menonjol ke hadapan. Keadaan menyebabkan tulang belakang berubah posisi mengikut keadaan tubuh.

Postur kehamilan

Postur tubuh ibu hamil

Gambar di atas memberi gambaran perubahan poster tubuh ibu hamil. Semakin perut membesar, perubahan postur semakin jelas dan kelihatan. Ini adalah antara penyebab, mengapa ibu hamil sering mengalami sakit belakang.

Senaman Untuk Melegakan Sakit Belakang Semasa Hamil

Salah satu cara untuk melegakan sakit belakang semasa hamil adalah dengan membuat beberapa pergerakan dan senaman ringan. Dibawah ini adalah senaman mudah untuk melegakan sakit belakang semasa mengandung. (sumber)

Pergerakan 1

Melutut seperti kedudukan merangkak dengan meluruskan bahagian belakang. Bayangkan anda sedang mengimbangi sebuah dulang dibelakang anda.

senaman sakit belakang semasa mengandung 1

Pergerakan 2

Jungkitkan dulang dengan menguncupkan otot dibahagian abdomen (perut), dan tolakkan sedikit bahagian belakang keatas.

senaman sakit belakang semasa mengandung 2

Pergerakan 3

Rata semula bahagian belakang, dan ulangi sehingga 6 hingga 8 kali.

senaman sakit belakang semasa mengandung 3

Pergerakan 4

Pusingkan setiap bahu kehadapan 5 kali dan kebelakang 5 kali. Pakai coli yang mempunyai sokongan yang baik.

senaman sakit belakang semasa mengandung 4

Pergerakan 5

Baring melentang dengan membengkokan kedua dua lutut dan kedua dua tapak kaki diatas lantai, dengan mengetatkan bahagian perut serta menolakkan kebawah sehingga bahagian belakang anda rapat ke lantai.

senaman sakit belakang semasa mengandung 5

Pergerakan 6

Baring melentang dengan membengkokan kedua dua lutut dan kedua dua tapak kaki diatas lantai, tarik lutut kanan anda perlahan lahan ke dada, ulangi gerakan yang sama untuk lutut kiri anda. Kemudian baring mengiring pula dan cuba bawa lutut anda ke bahu anda.

senaman sakit belakang semasa mengandung 6

Senaman ini bukan sahaja untuk melegakan rasa sakit belakang, tetapi juga membantu untuk mengekalkan postur tubuh yang baik dan sebagai relaksasi tubuh badan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pembaca terutama ibu-ibu yang sedang hamil. Semoga anak yang dikandung akan membesar dengan sihat dan lahir dengan selamat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
.
.
.
(Visited 1,240 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge