Panduan Percutian Ke Cameron Highland Pergi Balik Hari

Cameron Highland adalah lokasi peranginan tanah tinggi yang paling tersohor di Semenanjung Malaysia. Terkenal dengan udaranya yang segar, ladang teh yang menghijau, bunga-bunga berkembang, strawbery merah meranum, dan banyak lagilah keistimewaannya.

Kami sekeluarga dah lama tak pergi ke sana, hinggalah baru-baru ini tiba-tiba ibu diberi ilham untuk merancang percutian ke Cameron Highland pergi dan balik hari. Mula-mula rasa mustahil je, tapi bila fikir-fikir semula perjalanan dari Lembah Kelang ke Cameron Highland lebih kurang 3 jam sahaja. Mesti boleh!

Dan alhamdulillah, perancangan ibu dapat dilaksanakan pada cuti Maal Hijrah baru-baru ini. Kami sekeluarga berjaya naik ke Tanah Tinggi Cameron pergi balik hari. Kami bertolak awal pagi dan sampai ke rumah sebelum lewat malam. Ibu kongsikan catatan perjalanan kami untuk panduan bersama.

Panduan Percutian Ke Cameron Highland Pergi Balik Hari

Perjalan pergi balik hari yang hanya mengambil masa lebih kurang 12 jam sangat singkat sebenarnya. Tanpa perancangan yang teliti, mungkin hanya dapat pergi satu dua tempat dah petang, sebabtu ibu buat plan awal-awal.

Jika anda rasa nak cuba perjalanan pergi balik hari juga, jangan risau. Ikut sahaja catatan perjalanan kami.

Gambaran Ringkas Perjalanan

Kami bertolak dari Shah Alam pada jam 8.00 pagi melalui lebuhraya Guthrie dan PLUS, singgah sarapan di R&R Rawang kemudian meneruskan perjalanan dan keluar di Tol Tapah.

Dari Lebuhraya PLUS anda mempunyai 2 pihan untuk naik ke Cameron Highland iaitu sama ada melalui tol Tapah atau tol Simpang Pulai. Jika anda dari arah Lembah Kelang anda akan menemui tol Tapah terlebih dahulu. Senang kata, persimpangan Tapah lebih dekat.

Apa yang membezakan antara kedua jalan tersebut ialah bentuk jalannya. Melalui persimpangan Tapah perjalanan anda akan lebih dekat, tetapi anda terpaksa melalui jalan yang berliku-liku umpama ular dipalu. Jika melalui persimpangan Simpang Pulai pula, perjalanan anda akan menjadi lebih panjang tetapi jalan yang mudah dan lebih lurus.

Secara ringkasnya turutan perjalanan kami adalah seperti berikut:

PLUS –> Tol Tapah –> Ringlet –> Tanah Rata –> Brinchang –> Kea Farm –> Tol Simpang Pulai –> PLUS

Untuk menjimatkan masa perjalanan, ibu merancang naik dari persimpangan Tapah, melawat tempat-tempat menarik mengikut turutan lokasi tanpa perlu ada pejalanan berpatah balik dan penghujungnya kami pulang melalui persimpangan Simpang Pulai. Sama seperti perjalanan pergi kami meneruskan perjalan pulang melalui Lebuhraya PLUS dan Guthrie.

Tempat-tempat Menarik di Cameron Highland

Berikut adalah tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang sempat kami lawati dalam masa sehari.

1. Ladang Teh (Bharat Tea Plantation)

Selepas keluar tol Tapah dan melalui jalan-jalan yang berliku-liku anda akan menemui pekan Ringlet dan seterusnya Tanah Rata. Bharat Tea Plantation ni terletak di antara pekan Ringlet dan Tanah Rata. Melawat ladang teh adalah aktiviti wajib jika ke Cameron Highland. Kalau tak, tak lengkap rasanya. Kami sampai di sini anggaran jam 11.30 pagi.

Di sini anda berpeluang turun sendiri ke ladang teh, menyentuh daun-daun teh dan menikmati pemandangan indah yang menghijau. Ada juga Tea House untuk menikmati teh panas dengan pelbagai dessert dan sandwich. Tapi kami hanya ke ladang teh dan tidak singgah minum di sini kerana harganya agak mahal.

DSCN7961

DSCN7948

DSCN7944

2. Tanah Rata

Selepas melawat ladang teh, kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata untuk makan tengahari. Banyak kedai makan dan restoran di sini.

Tanah Rata adalah pekan utama di Cameron Highland. Terletak anggaran 10 km dari Ringlet dan 2 km sebelum Brinchang. Di sini terletaknya hospital, pejabat-pejabat kerajaan dan bank-bank.

3. Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highland

Selesai makan tengahari, kami ke Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highland yang juga terletak di Tanah Rata. Ini adalah pusat penyelidikan MARDI tetapi dibuka kepada orang ramai untuk berkunjung. Tiket masuk hanya RM3.00 bagi dewasa, RM1.50 bagi pelajar dan percuma bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun. Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Taman ini boleh diistilahkan sebagai one stop centre. Semua ada dalam ni, taman bunga, taman ros, tanamamn starwbery, jualan tanaman berpasu, kedai cenderahati, cafe, taman permainan, surau, taman arnab, ladang teh, kilang teh, jungle walk, dan ada juga sungai kecil di sini..

Kami menunaikan solat Zuhur dan Asar Jamak Taqdim di sini sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.

 

DSCN7998

DSCN7985

DSCN7969

DSCN7990

3. Hotel Old smoke House

Hotel ini terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang. Hotel berkonsepkan English yang sangat menarik senibinanya ini dibina sejak tahun 1939 lagi.

Hotel ini memberi peluang kepada orang ramai untuk bergambar di sini bagi mengabadikan kenangan percutian di Cameron Highland. Ini adalah lokasi yang kami tak pernah lepaskan setiap kali berkunjung ke Cameron Highland.

 

DSCN8013

DSCN8014

DSCN8020

4. Kea Farm Market

Pasar Kea Farm ini terletak berhampiran dengan Hotel Eqoturial Cameron Highland. Menjual pelbagai hasil tanaman ladang-ladang di Cameron Highland seperti sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan terutama strawberi. Macam-macam ada di sini dan jika anda merancang membeli cenderahati untuk kawan-kawan, di sini tempat yang paling banyak pilihan dan agak murah harganya.

Seronok dan teruja membeli belah di sini, pastikan lengan anda cukup gagah untuk mengangkat barang-barang yang anda beli.

kea farm

strawberry kea farm

DSCN8029

DSCN8022

5. Cameron Lavender

Cameron Lavender terletak tidak jauh dari Kea Farm dan boleh dikatakan penghujung jalan dalam senarai tarikan di Cameron Highland. Tiket masuk adalah RM6.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak.

Tarikan utama di sini ialah bung-bungaan yang cantik-cantik terutama spisis Lavender. Banyak prop-prop untuk bergambar yang juga sangat cantik. Dalam semua lokasi yang kami singgah, di sini paling banyak kami bergambar. Boleh buat entry khas agaknya.

Camerond Lavender ni bertingkat kerana dibina atas tanah yang berbukit. Disebelah bawah ada tanaman bunga-bunga lavender dan gerai-gerai cenderahati. Di sebelah atas ada cafe, ada tempat buat jem strawberi, ada tanaman strawberi, tanaman bunga yang boleh dipetik dengan bayaran, dan beberapa prop bergambar yang sangat cantik.

Ada surau di sini, jadi jika belum solat Asar boleh solat di sini sebelum bergerak balik.

 

DSCN8030

 

DSCN8037

DSCN8049

Penghujung Catatan

Berakhirlah percutian pergi balik kami ke Cameron Highland dan kami sangat happy. Kami meninggalkan tanah tinggi pada jam 6.00 petang, keluar melalui persimpangan Simpang Pulai, singgah solat Maghrib di  dan sampai di Shah Alam anggaran jam 10.00 malam.

PLUS –> Tol Tapah –> Ringlet –> Ladang Teh –> Tanah Rata –> Taman Agro Tek MARDI –> Hotel Old Smoke House –> Kea Farm Market –> Cameron Lavender –> Tol Simpang Pulai –> PLUS

Salam mesra;
Zefa Nor Asmara bt Jubir
Email: zefa_asmara@yahoo.com
.
.
.
(Visited 47,701 times, 21 visits today)

You may also like...

12 Responses

  1. wah, dah lama giler tak jejak kaki kat Cameron Hgihland. Last p dulu masa belajar lagi…

  2. nurul says:

    salam..nk tanyqa ibu..kalau gerak malam ok x?

  3. Ika says:

    Kalau ke CH, jangan lupa singgah di Time Tunnel Cameron Highland. Banyak sejarah especially berkenaan CH terdapat di sana..

    • Betul tu ika, antara tmpt yg mesti dilawati kalau ke CH. Cuma memandangkan kami pergi hanya sehari, kena pilih2 tmpt yg sesuai utk anak2 enjoy. InsyaAllah, lain kali kalau pergi lagi nak juga singgah disitu..

  4. Shima says:

    menarik sungguh ni. hehe. tapi kalau nak balik hari, saya dari seremban, agak mencabar juga.. hehe.. at least, bermalam satu malam.. :)

    • Tkasih shima singgah membaca. Jarak perjalanan pun mempengaruhi juga sbnrnya. Panduan ni merujuk perjalanan +- 3-4 jam sehala. Kalau lebih pun boleh juga, cuma kena gerak lebih awal dan sampai rumah lebih lewat. Tp kalau nak lebih santai, better bermlm.. 😉

  5. acu says:

    Rugi la xpegi Big Red Strawbery Farm..

    • Big Red Strawbery Farm memang antara tempat menarik yang boleh dilawati di CH. Tapi utk percutian hanya sehari, kita tak mampu nak pergi semua. Jadi, pilih2 lah mengikut kesesuaian..

  6. Didi says:

    Ala. Kenapa tak tulis bajet sekali. I mean berapa cost perjalanan pergi balek tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge