Pengalaman Menguruskan Anak Berkhatan

Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘circumcision’. Berkhatan atau bersunat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam.

Pengalaman Menguruskan Anak Berkhatan

Alhamdulillah, anakanda Yusuf telah selamat dikhatankan ketika berumur 9 tahun dengan cara konvensional. Yusuf menjalani prosedur berkhatan di klinik biasa berhampiran dengan rumah kami. Alhamdulillah proses berkhatan berjalan dengan lancar dan cepat, cuma masa menunggu giliran yang agak lama.

Ayah Yusuf mengiringi Yusuf sepanjang proses berkhatan dilakukan manakal ibu dan Maryam menunggu di luar. Sedang kami menunggu tiba-tiba ibu terdengar dia menjerit. Alamak, kenapakah?

Tak lama kemudian pintu bilik dr terbuka dan dia melangkah keluar dengan senyuman. Nampak rileks je. Menurut cerita ayah, dia bukan menjerit sakit tapi ketawa sebab geli dr pegang ‘bebird’ dia masa nak bius. Ekeke..

Berkhatan Dengan Cara Konvensional

Bahasa mudah untuk menggambarkan kaedah konvensional ini ialah seperti kaedah tok mudim zaman dahulu. Cuma kaedah konvensional sekarang sudah dimodenkan dengan kewujudan alat yang diberi nama ‘cautery’ atau lebih popular dikalangan ibu bapa sebagai ‘laser’. Tapi ia sebenarnya bukanlah sejenis laser.

Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini membolehkan pendarahan semasa proses berkhatan dapat dikurangkan.

Ada satu lagi kaedah berkhatan yang dipanggil kaedah clamp. Mengapa kami memilih kaedah konvesional ada ibu kongsikan dalam artikel Kaedah Berkhatan Yang Ibu Bapa Perlu Tahu (klik)

Cabaran Menjaga Anak Selepas Berkhatan

Alhamdulillah, proses mengurus dan menjaga Yusuf selepas berkhatan dipermudahkan oleh Allah swt. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan, kami telah menyenaraikan semua cabaran yang bakal dihadapi dan membincangkan cara menanganinya. Alhamdulillah, semua cabaran dapat kami tangani hasil permuafakatan bersama suami isteri.

Cabaran 1 ~ meredakan anak yang berasa sakit

Alhamdulillah, Yusuf jarang mengadu sakit cuma kadang-kadang rasa tidak selesa. Bila dia mengadu sakit atau sebagainya ibu akan minta dia tidur atau beri dia permainan yang dapat menggembirakannya.

Ibu bapa digalakkan menyediakan bahan bacaan ringan yang dapat mengisi masa lapang anak. Jika tidak, pasti hanya rancangan televisyen dan game sahaja yang akan mengisi masa lapangnya.

Untuk mengelakkan lukanya terkena kain atau pakaian yang dipakainya, kami mengikatkan kainnya kepada permainan adiknya Maryam semasa bayi.

Cabaran 2 ~ menjaga kebersihan zakar anak

Ini cabaran besar bagi ibu. Memilih berkhatan cara konvensional memerlukan tempat yang luka dicuci dengan air bersih setiap kali mandi dan kemudian disapu dengan ubat.

Memandangkan ibu dan ayah mengambil cuti berganti-ganti, maka ibu tiada pilihan untuk melakukannya juga. Setiap kali mencuci dan menyapu ubat, jujurnya lutut ibu menjadi lemah. Haha..

Jika anda ibu yang kurang kuat dalam bab-bab sebegini, saya cadangkan anda memilih kedah clamp. Kaedah ini pasang alat dan tunggu tertanggal atau ditanggalkan oleh doktor.

Cabaran 3 ~ suami isteri bekerja

Alhamdulillah, ini juga dapat kami atasi. Kami mengambil cuti secara bergilir-gilir hingga Yusuf benar-benar sembuh. Tak silap ingatan ibu, hampir 2 minggu untuk Yusuf sihat sepenuhnya.

Selepas minggu kedua kami meminta bantuan ahli keluarga terdekat untuk menjaganya dirumah.

Cabaran 4 ~ makan berpantang tetapi berkhasiat

Yusuf jenis tidak memilih makanan sangat, jadi tidak begitu susah dia menjalani proses berpantang. Makan seperti biasa tetapi tidak untuk makanan yang dikatakan gatal seperti telur, makanan laut serta beberapa jenis ikan yang gatal seperti tongkol, kembung dan semua jenis ikan bersengat.

Kami juga mengelakkan kicap yang dikatakan akan meninggalkan kesan parut yang tidak cantik pada luka berkhatan.

Paling dia suka ialah ‘nasi goreng berpantang’ yang dia sendiri bagi nama. Yang sebenarnya nasi yang digoreng dengan sedikit planta dan bawang putih.

Untuk memastikan dia mendapat khasiat yang cukup walaupun berpantang, ibu juga berikan dia vitamin.

Menjaga anak Berkhatan

Chewable Vita-C Shaklee ~ meningkatkan dan mengukuhkan sistem imun, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Meal Shakes Shaklee ~ mengandungi nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Juga mengandungi vitamin A, C, E zinc dan selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan.

Omega Guard Shaklee ~ merupakan minyak ikan paling tulen di dunia dan lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu EPA, DHA dan ALA. Ia membantu perkembangan memori dan mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit.

Secara keseluruhannya menjaga Yusuf berpantang selepas berkhatan sangat mudah. Cuma ibu akan terasa lemah lutu bila melihat lukanya. Tapi alhamdulillah, semuanya dapat di atasi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
.
.
.
(Visited 2,026 times, 1 visits today)

You may also like...

1 Response

  1. Jodin says:

    Ni pengalaman saya jaga anak lepas berkhatan / bersunat. Boleh klik link di bawah.

    Jaga anak berkhatan / bersunat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge