Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang ibu dan seorang bapa. Mendidik anak perlukan ilmu dan kesabaran yang tinggi terutama pada zaman yang serba mencabar ini. Contoh terbaik dalam mendidik anak-anak tidak lain dan tidak bukan ialah cara Rasulullah saw.
.
4 Tahap Didik Anak Ikut Sunnah Rasulullah
Berikut adalah 4 tahap didik anak yang berbalik kepada fitrah dan ianya sunnah yang telah telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
.
Anak usia 0-6 Tahun (Kasih sayang)
Pada usia ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
Ibu bapa boleh bergurau, membelai dan memanjakan mereka dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali mendenda mereka dengan kekerasan apabila melakukan kesalahan.
.
Anak usia 7-14 Tahun (Disiplin dan tanggungjawab)
Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Kesimpulannya, pada tahap ini ibu bapa perlu mendidik anak mendengar arahan, disiplin dan beri tanggungjawab, didik anak tentang solat, puasa dan ibadah.
Anak usia 15-21 Tahun (Jadikan anak sebagai kawan)
Anak usia 21 Tahun ke atas (Kepercayaan dan kebebasan)
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Salam mesra;
Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat