5 Cara Atasi Bayi Suka Menyusu Sebelah Sahaja

Saya mengalami situasi ini dulu semasa menyusukan Yusuf dan Maryam. Kedua-duanya lebih cenderung menyusu di sebelah kanan.

Mungkin sebab mereka selesa mengiring ke sebelah kiri, dan jujurnya saya sebagai ibu juga lebih selesa meyusukan di sebelah kanan juga. Tapi situasi ini tidak boleh dibiarkan, kena ada ikhtiar agar penyususan seimbang kiri dan kanan.

6 Cara Atasi Bayi Suka Menyusu Sebelah Sahaja

Berikut adalah 6 cara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan bayi menyusu dikedua belah payudara ibu.

1. Bayi bangun tidur

Susukan bayi sebaik sahaja dia bangun tidur. Bayi yang baru bangun tidur biasanya dalam keadaan lapar dan mahukan susu ibu.

2. Mulakan dengan sebelah yang kurang digemari

Mulakan penyusuan dengan payudara yang kurang digemari bayi. Dalam keadaan lapar, bayi tidak ada pilihan selain dari terus menyusu walaupun pada bahagian yang kurang digemarinya.

3. Suasana tenang

Susukan bayi dalam bilik yang bersuasana tenang dengan cahaya yang sesuai. Elakkan suasana bising yang mungkin menggangu bayi mahu menyusu.

4. Dakap dan dodoi

Susukan bayi dengan mendakapnya dan sedikit dodoian agar bayi berasa lebih tenang untuk menyusu walaupun pada bahagian yang kurang digemarinya. Untuk ibu yang beragama Islam sangat disarankan menyusu sambil berzikir.

5. Jangan alih bayi

Jika bayi gemar mengiring ke satu arah,  jangan alih bayi ketika mahu mengubah ke payudara sebelah lagi. Sebaliknya ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

posisi football dalam penyusuan

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

(Visited 602 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge