5 Tips Memilih Hospital Untuk Bersalin

Jiran sebelah rumah saya sedang sarat mengandung. Suatu petang kami berbual-bual tentang persiapan bersalinnya termasuklah hospital yang dipilih untuk bersalin.

Beliau memilih untuk bersalin disebuah hospital swasta dengan alasan itu yang paling hampir dengan kawasan kediaman kami. Lebih-lebih lagi beliau sememangnya membuat pemeriksaan kesihatan sepanjang kehamilan di hospital tersebut.

Walaubagaimanapun, sebenarnya ada beberapa faktor lain yang perlu diambilkira dalam pemilihan hospital untuk bersalin.

5 Tips Memilih Hospital Untuk Bersalin

Berikut adalah 5 tips yang perlu diambilkira dalam memilih hospital untuk bersalin

1.  Latar belakang kesihatan

Pastikan anda tahu mengenai latar belakang sejarah kesihatan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, asma, jantung, kencing manis  atau komplikasi semasa hamil dan melahirkan (yang lalu)  yang memerlukan penjagaan rapi. Dapatkan pandangan daripada doktor O&G yang memeriksa anda.

2.  Hospital rakan suami dan rakan bayi

Adakah hospital yang dipilih membenarkan pasangan anda masuk ke bilik bersalin semasa proses kelahiran bayi? Jika anda merancang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ambil tahu adakah hospital pilihan anda merupakan hospital rakan bayi (menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif).

3.  Serasi dengan doktor Obstetrik & Ginekologi

Pastikan anda selesa dan serasi dengan doktor pakar O&G di hospital tersebut kerana dia akan memantau sepanjang kehamilan dan menyambut kelahiran bayi anda. Oleh itu sebaiknya biarlah pemilihan hospital bersalin dilakukan di awal kehamilan. Ini membolehkan anda dan doktor membina hubungan yang baik seterusnya memudahkan anda berkomunikasi jika ada sebarang masalah berkaitan kehamilan anda.

4.  Lokasi hospital

Pastikan lokasi hospital bersalin yang dipilih paling hampir dengan rumah kerana tidak tahu bila berlaku kecemasan. Jadi ia mudah untuk datang secepat mungkin tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya.

5.  Kepakaran dan kemudahan lengkap

Pastikan hospital pilihan mempunyai kepakaran dan kemudahan yang lengkap jika berlaku sebarang kecemasan semasa melahirkan anak.  Bagi mereka yang berisiko tinggi seperti ada masalah kesihatan, berpengalaman bersalin secara pembedahan caesarean, ada komplikasi semasa hamil, digalakkan bersalin di hospital kerajaan kerana kemudahan dan kepakaran yang lengkap dan cukup. Ini kerana bukan semua hospital swasta mempunyai pakar bius yang bersedia sepanjang masa atau kemudahan unit rawatan rapi neonatal.

Selepas meneliti serba sedikit maklumat mengenai beberapa hospital berikut, mungkin anda sudah memiliki panduan untuk memilih hospital bagi melahirkan zuriat. Tidak kira sama ada pilihan anda adalah hospital kerajaan ataupun swasta pastikan kriteria penting yang memihak kepada keselamatan diri sendiri dan bayi menjadi keutamaan.

Memang tidak dinafikan antara kedua hospital mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang hanya boleh dipertimbangkan oleh bakal mama sendiri. Bagaimanapun faktor kewangan juga antara perkara penting yang perlu diambil kira ketika memilih hospital bersalin.

Jika berkemampuan dan mahukan layanan lima bintang tidak salah memilih hospital swasta terkemuka sebagai pilihan bersalin. Namun bukan bermakna mereka yang memilih hospital kerajaan tidak menerima perkhidmatan berkualiti kerana kita sedia maklum fasiliti di hospital kerajaan lengkap dan canggih. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera. (sumber)

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

(Visited 1,230 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge