Apa Itu Busy Book atau Quite Book?

Salah satu perkara yang sedang trending di media sosial kini ialah tentang Busy Book atau juga dikenali sebagai Quite Book. Buku seperti ini banyak digunakan oleh ibu-ibu di Barat tetapi kini juga telah menjadi trend di Malaysia.

Busy Book atau Quite Book ini digambarkan sebagai sebuah buku yang diperbuat daripada kain berwarna-warna dan juga kertas  tebal dan berkualiti. Persoalannya..

Apakah Busy Book atau Quite Book itu Sebenarnya?

Dalam bahasa yang mudah difahami, Busy Book adalah buku aktiviti yang dibuat untuk menyebokkan anak-anak dengan aktiviti berfaedah. Ianya bukan sekadar bahan bacaan tetapi juga mengandungi aktiviti-aktiviti menarik di dalamnya.

Apakah Fungsi Busy Book atau Quite Book

Buku ini selalunya digunakan oleh ibu bapa untuk menenangkan anak-anak terutama dalam majlis-majlis keramaian, ketika di restoran, perjalanan jauh, mahupun pemanduan jarak dekat atau ketika ibu bapa mempunyai sebarang tugasan. Anak-anak yang ralit dengan Busy Book akan lebih senyap dan tidak mengganggu majlis, pemanduan atau apa-apa urusan ibu bapa. Sebab itu ia juga dipanggil Quite Book.

Lebih utama, Busy Book atau Quite Book ini adalah salah satu tools pembelajaran yang sangat menyeronokkan. Buku-buku seperti ini menggalakkan perkembangan akal fikiran kanak-kanak dan meningkatkan skill motor halus.

Sebab itu, Busy Book tidak dibuat sekadar mengandungi gambar-gambar menarik tetapi juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemahiran asas. Pada zaman moden ini, Busy Book ini adalah antara aktiviti alternatif untuk mengelakkan anak-anak terlalu ralit dengan gajet dan televisyen seawal usia bayi lagi.

Contoh-contoh Busy Book

Banyak jenis Busy Book dapat dibuat bergantung aktiviti yang sesuai. Antaranya:

1. Busy Book dengan kemahiran membutang

Colorful-and-intricate-quiet-book-pages

2. Busy Book dengan kemahiran membuka dan menutup zip serta memasukkan barang

Beautiful-and-creative-quiet-book-ideas

3. Busy Book dengan kemahiran memintal

Beautifully-crafted-quiet-book-pages

4. Busy Book dengan kemahiran menyusun

Adorable-and-creative-quiet-book-ideas

Sumber gambar

Cantik-cantikkan semua ni? Ini hanyalah contoh sahaja, boleh dipelbagaikan lagi mengikut kreativiti ibu bapa. Bahan utamanya ialah kain atau felt, gunting, jarum dan benang ataupun gam. Guna kertas pun boleh, tapi guna kain atau felt insyAllah tahan lebih lama sebab tidak mudah koyak atau rosak bila terkena air.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

.

.

.

(Visited 799 times, 1 visits today)

You may also like...

3 Responses

  1. Ummi Hanie says:

    salam…

    yer sungguh trending sekarang ini…

    sangat menarik. sdg berkira2 mahu bikin sndiri atau order saja…
    Ummi Hanie recently posted…Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2016My Profile

  2. Sue rasa ramai budak sekarang suka bermain handset. Nway, busy book benda yang bagus…

    Nice info
    Wan Nur Suzilla recently posted…Cara Jaga Bayi Baru LahirMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge