Ayam Goreng Tanpa Minyak Guna Periuk Serbaguna Noxxa

Sebelum ini saya ada menulis review tentang periuk serbaguna Noxxa yang saya beli. MasyaAllah, teruja betul saya mencuba pelbagai masakan walau kebanyakannya yang ringkas-ringkas sahaja. InsyaAllah saya akan catatkan pula di sini masakan-masakan yang saya pernah cuba beserta resepi. Terbaru, saya cuba menggoreng ayam tanpa minyak dan ianya menjadi.

Ayam Goreng Tanpa Minyak Guna Periuk Serbaguna Noxxa

ayam goreng noxxa

Tempoh Penyediaan

6 minit

Bahan-bahannya:

Ayam dipotong sederhana
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Toskan jika ayam basah (1 minit)

2. Masukkan ayam dalam inner, tutup, halakan titik pada tombol ke titik hp, tekan butang hp 3 kali dan tekan butang on (3 minit)

3. Selepas 3 minit tekan off dan lepaskan tekanan dengan menghalakan titik tombol ke titik stim. Awas ianya wap panas

4. Selepas semua tekanan dilepaskan, buka penutup. Tekan butang stir fry, tekan butang on, dan biar sehingga garing (2 minit)

5. Tekan butang off, keluarkan ayam dan sedia dihidangkan. Untuk lebih sihat, buang semua kulit yang ada pada ayam

Mudahkan? Jika tuan puan mempunyai periuk serbaguna Noxxa ini di rumah, tuan puan boleh lah cuba. Jika belum ada, boleh hubungi saya untuk dapatkannya dengan harga istimewa.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir
011-11537821 (whatsapp)
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com

 

 

(Visited 2,769 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge