Bayi Sukar Menyusu Kerana Masalah Tongue-tie atau Tali Lidah Pendek

Puan Sara (bukan nama sebenar) seorang surirumahtangga sepenuh masa baru melahirkan anak ketiga. Sebagai ibu yang berjaya menyusukan anak pertama dan kedua secara ekslusif, Puan Sara yakin dapat melaksanakannya juga pada anak ketiga ini.

Walaubagiamanapun bayi Puan Sara yang ketiga ini nampaknya seperti sukar untuk menyusu secara langsung dari payudara ibunya.

Bayi Sukar Menyusu Kerana Masalah Tongue-tie atau Tali Lidah Pendek

Puan Sara kemudiannya dimaklumkan oleh pakar laktasi bayinya menghadapi masalah tongue-tie. Bayi yang mengalami masalah ini kebiasaannya tidak dapat menggunakan lidah untuk menghisap susu dengan sempurna serta tidak akan mendapat susu yang cukup.

Apakah dia masalah tongue-tie pada bayi?

Tongue tie atau tali lidah pendek, adalah keadaan dimana satu lapisan kecil di bawah lidah, dipanggil lingual frenulum mengikat dari bawah lidah ke dasar mulut bayi. Ianya berlaku dalam nisbah 4 orang dari 1000 orang bayi.

tongue-tie

Merujuk kepada gambar di atas, gambar sebelah kiri adalah keadaan yang normal manakala sebelah kanan itulah yang dipanggil tongue-tia. Keadaan tersebut menyebabkan bayi tidak dapat membuka mulutnya dengan luas, juga tidak latch atau melekap pada kedudukan yang betul pada payudara ibu.

Ibu juga mungkin akan menghadapi beberapa masalah seperti puting melecet, bahkan ada ketika sampai berdarah akibat mulut bayi yang menempel pada puting dan gusi akan ‘mengunyah’ puting. Ini juga akan menyebabkan bayi tersebut tidak meransang sinus yang menyimpan susu serta tidak dapat menyusu dgn baik.

Simptom-simptom masalah tongue-tie pada bayi

• Bayi sukar membuka mulut sehingga sukar untuk menghisap puting.

• Bayi boleh menjadi kembung atau cepat ‘kenyang’ disebabkan banyak menghirup udara daripada menghisap susu.

• Bayi akan mengeluarkan bunyi bising semasa menyusu.

• Susu terkeluar dari mulut semasa sedang menyusu disebabkan bayi tidak mengunci payudara dengan bibirnya.

• Tersedak, batuk bahkan ada ketikanya muntah ketika menyusu disebabkan kesukaran bayi memasukkan puting ibu mengarah ke kerongkongnya.

• Berat badan bayi terencat atau tidak bertambah (lambat).

Walaubagaimanapun, bayi tongue-tie tidak semestinya berhadapan dengan simptom di atas, dan bayi yang menghadapi simptom seperti di atas tidak semestinya berhadapan dengan masalah tongue-tie.

Diagnosis dan rawatan kepada masalah tongue-tie

– Kebiasaannya tongue-tie dapat dikenal pasti menerusi pemeriksaan rutin perubatan bayi dalam tempoh 24 jam pertama selepas kelahirannya.

– Pakar pediatrik akan meletakkan jari di dalam mulut bayi untuk memeriksa lelangit dan lidahnya.

– Dari segi rawatan, dalam sebahagian kes masalah ini boleh pulih sendiri menjelang akhir tahun pertama usia bayi.

– Namun, jika bayi masih mempunyai masalah selepas tempoh berkenaan, pakar pediatrik boleh mempertimbangkan kaedah pembedahan.

– Pembedahan juga mungkin dilakukan sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah pertuturan atau tidak memberi maklum balas terhadap rawatan terapi pertuturan.

– Dalam satu kajian yang dijalankan pakar bedah pediatrik menunjukkan pembedahan pembahagian frenulum berjaya membolehkan kira-kira 60 peratus bayi menyusu dengan jayanya untuk sekurang- kurangnya tiga bulan selepas pembedahan.

Ibu-ibu jangan patah semangat!

Jika berhadapan dengan masalah ini jangan terlalu cepat berputus asa hingga menyerah kalah pada susu formula. Ibu-ibu boleh memerah susu ibu dan menyuapkannya kepada bayi. Banyakkan berdoa agar rawatan ke atas bayi berjaya sehinggan bayi boleh menyusu terus dari payudara ibu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

(Visited 345 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge