Benarkah Keringkan Baju Dalam Rumah Boleh Menyebabkan Kanser?

laundry__laundry_cleaning_520_PE335335

Baru-baru ini viral di laman sosial tentang kenyataan perbuatan mengeringkan baju di dalam rumah adalah sesuatu yang berbahaya hingga boleh menyebabkan kanser. Tidak pasti sumber asal artikel ini tetapi bila saya Google ianya membawa saya kebeberapa blog dengan isi tulisan yang sama.

5 Bahaya Keringkan Pakaian di Dalam Rumah

Berikut adalah kenyataan yang saya salin semula dari laman web Mingguan Wanita.

1. Boleh Jadi Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.

Komen-Komen Pengguna Laman Sosial

Apabila kenyataan ini viral di laman sosial, maka ianya mengundang beribu-ribu komen dari pengguna laman sosial itu sendiri.

1. Kerisauan

Berdasarkan komen-komen di media sosial, kenyataan ini jelas menimbulkan kerisauan ramai pihak kerana perbuatan mengeringkan baju di dalam rumah sudah menjadi amalan terutama mereka yang tinggal di rumah pangsa.

2. Pengakuan

Ramai juga memberi pengakuan ahli keluarga sering tidak sihat, selsema, batuk, asma, sering bersin. Terus mereka mengkaitkan semua itu berkemungkinan kerana perbuatan menyidai pakaian basah di dalam rumah.

Ada juga komen yang mengkaitkan isu ini dengan saranan doktor kepada pesakit barah payu dara untuk mengeringkan pakaian dalam di bawah cahaya matahari.

3. Mengarut

Ada juga yang mengatakan kenyataan ini mengarut kerana tiada sumber rujukan yang diberi. Malah ada juga yang mengatakan ini adalah usaha untuk mempromosikan pusat cucian (dobi) kerana laman tersebut memberi cadangan selain dari menjemur di bawah cahaya matahari, pengguna juga boleh mengelakkan mengeringkan baju di dalam rumah dengan menghantar pakaian ke kedai dobi cucian kering.

4. Logik

Saya secara peribadi merasakan kenyataan tersebut ada logiknya. Menyidai pakaian di dalam rumah boleh menyebabkan udara lembab terperangkap di dalam rumah. Udara lembab boleh menyebabkan bakteria dan kulapok. Bakteria dan kulapok itu adalah antara punca penyakit seperti alergi, batuk dan selsema.

Walaubagaimanapun, saya melihat ramai yang berpendapat kenyataan ini tidak logik kerana mengaitkan dengan kemungkinan kanser. Ya, memang macam tak logik hanya kerana sidai baju dalam rumah boleh sebabkan kanser. Tetapi..

Benarkah Keringkan Baju Dalam Rumah Boleh Menyebabkan Kanser?

Jika kita baca semula artikel tersebut, ia mengkaitkan kemungkinan kanser itu dengan pelembut kain yang mengandungi wangian dan bahan kimia. Berikut adalah ringkasan hasil pembacaan saya di laman web Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia;

Kandungan Wangian

Setiap produk wangian seperti sabun, barangan kosmetik, syampu, pelembut kain, potpuri, penyembur rambut, kertas tisu, detergen dan lain-lain lagi mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation.

Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti terbitan, benzena, aldehid dan kimia toksik lain.

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mendapati daripada kesemua bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan kosmetik, 815 daripadanya adalah bersifat toksik.

Manakala kajian yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika (EPA) pada tahun 1991 pula menunjukkan terdapat kloroform dalam pelembut pakaian dan p-diklorobenzena iaitu sejenis bahan kimia karsinogen (penyebab kanser) pada paras yang tinggi dalam penyegar udara.

Bahaya Kesihatan

Bahan kimia yang terkandung dalam wangian boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain. Ia juga boleh memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).

Sebenarnya banyak lagi hasil bacaan saya berkenaan bahaya wangian. InsyaAllah akan dikongsikan dalam artikel seterusnya.

Penutup

Berusahalah untuk mengeringkan kain di tempat terbuka. Jika terpaksa juga menyidai pakaian basah atau lembab di rumah, usahakan agar peraliran udara dalam rumah bergerak dengan baik. Buka tingkap tetapi dengan grill berkunci, guna penapis udara di dalam rumah serta carilah sabun basuh kain mesra alam dan pelembut kain yang tiada bahan kimia berbahaya dan tidak bertoksik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Zefa Nor Asmara binti Jubir
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 2,290 times, 2 visits today)

You may also like...

2 Responses

  1. Adib Site says:

    Betul tu, sidai baju dalam rumah sememang tak elok.
    Adib Site recently posted…Contest Review Lynk.My 2015My Profile

  2. Zaleha says:

    Bagus info ni.
    Dlm keadaan cuaca yg x menentu kita mgkn xsedar aktiviti menjemur pakaian d dalam rumah antara punca kesihatan mgkn merosot
    Zaleha recently posted…5 Tanda Bersalin Semakin Hampir: Ibu-Ibu Hamil Wajib TahuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge