Petua Tradisional Atasi Ruam Pada Bayi

Semalam saya mengemas-ngemas loteng. Kemas punya kemas terjumpa album yang mengandungi gambar-gambar Yusuf semasa bayi. Comel pula dia masa bayi, tapi dipipinya ada ruam masatu.

Masa di kampung, jika cucu-cucu ada ruam mak akan bancuh tepung ubi dan sapu pada ruam. Tak kirala ruam pada pipi ke, leher ke, punggung ke, mak akan sapu bancuhan tu. Itu cara tradisional kata mak.

Petua Tradisional Atasi Ruam Pada Bayi

Saya buat carian diinternet dan menemui beberapa petua tradisional untuk mengatasi ruam pada bayi.

Buah manjakani

Tumbuk beberapa biji buah manjakani sehingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat ruam. Lakukan setiap malam.

Daun buluh

Ambil sengenggam daun buluh dan tumbuk sehingga lumat. Bancuh dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan pada bahagian yang terdapat ruam.

Tepung ubi

Ambil sesudu besar tepung ubi kayu dan bancuh dengan air sejuk, kemudian sapukan ke bahagian badan anak yang ada ruam.

Limau purut

Ambil buah limau purut yang telah masak dan dibelah dua. Bakar sehingga kehitaman kulitnya. Biarkan sehingga sejuk kemudian sapukan isi limau pada bahagian yang dijangkiti ruam.

Selain cara tradisional, ibu bapa juga boleh menggunakan krim sapuan untuk kulit. Yang penting, pastikan ia krim yang bebas bahan kimia berbahaya, diyakini selamat dan berkesan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

 

(Visited 554 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge