Petua Tradisional Luka Bersalin Cepat Sembuh

Kenangan melahirkan Yusuf dan Maryam merupakan kenangan terindah buat saya. Kedua-duanya dilahirkan secara normal dan Allah izinkan saya mengalami luka bersalin dalam situasi yang berbeza.

Masa bersalin anak sulung kena gunting (episiotomi) dan menerima jahitan. Manakala masa bersalin anak kedua tidak perlu episiotomi, luka yang sedikit dan tidak perlu dijahit.

Walaubagaimanapun saya tetap berpantang dan mengamalkan petua tradisional agar luka bersalin cepat sembuh.

Petua Tradisional Luka Bersalin Cepat Sembuh

Antara yang saya amalkan atas saranan mak ialah:

1. Ikan haruan

Ikan haruan boleh dimasak dengan pelbagai resepi berpantang dan dijadikan lauk ketika makan nasi. Ikan haruan boleh dibakar, dibuat sup dengan campuran halia dan lada hitam, atau masak singgang dengan kunyit hidup. Sedap!

2. Gamat

Saya amalkan minum gel gamat. Jika rajin, bolehlah dapatkanlah gamat hidup. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya dan sapukan juga di tempat yang luka.

3. Manjakani

Saya tengok mak rebus manjakani dan buang kulitnya. Isinya diambil dan dibentukkan bulat-bulat dan kemudian saya telan dengan air.

Selain itu, boleh juga campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

4. Pegaga

Pegaga adalah ulam-ulaman wajib saya bersama nasi dan lauk sepanjang berpantang. Kadang-kadang mak buatkan jus pegaga. Blend pegaga bersama air, tapis dan masukkan sedikit gula. Segar rasanya.

Ada juga saya baca petua pegaga direbus bersama akarnya sekali dan minum airnya. Boleh cuba semua jika mahu.

5. Daun jambu batu

Petua daun jambu batu ini saya dapat dari internet. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

Selain petua tradisonal ini, ambil makanan yang tinggi kandungan zinc kerana zinc membantu dalam penyembuhan luka. Jangan lupa amalkan juga pemakanan sihat untuk memastikan keperluan nutrisi ibu berpantang mencukupi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

 

(Visited 936 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge