SAPS Ibu Bapa ~ Semak Keputusan Peperiksaan Anak-anak Secara Online

Musim peperiksaan hujung tahun telah pun berlalu. Sekarang masa untuk ibu bapa berdebar-debar nak tahu keputusan peperiksaan anak-anak masing-masing.

Saya kira ramai dah tahu bahawa ibu bapa boleh memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Selepas tamat peperiksaan dan ketas ujian selesai ditanda, guru-guru akan memasukkan markah ke dalam SAPS. Ibu bapa boleh menyemak keputusan ujian atau peperiksaan anak-anak setelah proses memasukkan maklumat oleh guru selesai.

SAPS Ibu Bapa ~ Semak Keputusan Peperiksaan Anak-anak Secara Online

Berdasarkan pemerhatian saya, masih ramai juga ibu bapa masih tidak mengetahui tentang sistem ini. Saya kongsikan langkah-langkah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak secara online untuk rujukan bersama.

Langkah 1

Masuk ke laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) melalui link https://sapsnkra.moe.gov.my dan klik semakan ibu bapa.

SAPS

Langkah 2

Ibu bapa juga boleh terus klik https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/menu.php yang akan membawa kepada paparan seperti di bawah.

 

saps ibubapa

Langkah 3

Masukkan nombor sijil lahir atau kad pengenalan pelajar (tanpa – atau space), pilih sekolah rendah atau menengah, pilih tahun dan klik semak laporan.

Langkah 4

Setelah klik semak laporan akan keluar pula paparan seperti di bawah. Pilih jenis peperiksaan dan klik papar slip keputusan atau papar markah peperiksaan untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak masing-masing.

 

Markah dalam SAPS

Langkah 5

Cetak sekiranya perlu dan selesai. Mudahkan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua yang membaca terutama kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat
Editor: Kelab Ibu Ohsem

(Visited 15,964 times, 6 visits today)

You may also like...

3 Responses

  1. sekarang ni memang mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak….
    jawatan kosong recently posted…Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn November 2015My Profile

  2. MySemakan says:

    Mudah dan senang. Cuma perlu diperbaiko lagi sistem SAPS ini
    MySemakan recently posted…Harga Minyak Masak Terkini MalaysiaMy Profile

  3. this is a very good

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge