Wanita Beranak Ramai Kurang Risiko Kanser Ovari

Wanita Beranak Ramai Kurang Risiko Kanser Ovari

LONDON: Memiliki ramai anak mengurangkan risiko seorang wanita mendapat kanser ovari hingga 40 peratus, mengikut satu kajian ahli akademik di Universiti Oxford.

Mereka mengesyaki kaitan itu dengan hormon estrogen dikeluarkan wanita, yang dikenal pasti boleh menyebabkan ketumbuhan tetapi hormon itu turun dengan ketara sepanjang tempoh kehamilan. Dalam satu kajian terhadap 8,000 wanita berusia 50 tahun dan ke atas, pakar mendapati, memiliki sekurang-kurangnya seorang anak mengurangkan risiko purata wanita mendapat kanser ovari sebanyak 20 peratus. Namun ia dikurangkan kepada 40 peratus untuk dua jenis utama penyakit – ketumbuhan endometriosis dan sel nyata.

Kanser ovari dirujuk sebagai ‘pembunuh senyap’ oleh kerana gejala awal sering dikelirukan dengan sindrom usus (IBS), sakit ketika datang haid atau menopaus. Bagi alasan itu, ketumbuhan biasanya dikesan terlalu lewat untuk dirawat. Penyakit itu membunuh kira-kira 4,200 wanita setahun. Kajian itu yang dibentangkan dalam persidangan Institut Penyelidikan Kanser Nasional (NCRI) di Liverpool, adalah antara yang pertama melihat sejauh mana kelahiran menghalang ketumbuhan berbeza.

Pengerusi Persidangan Kanser NCRI, Prof Charlie Swanton, berkata pihaknya mengetahui, jumlah anak yang dimiliki seseorang wanita dan penggunaan pil pencegahan hamil, boleh mempengaruhi risiko kanser ovari, justeru penyelidikan itu menyediakan perincian lanjut mengenai jenis penyakit berbeza. Penyelidikan sebelum ini menunjukkan memberi susu ibu serta mengambil pil pencegah hamil mengurangkan risiko mendapat kanser ovari, oleh kerana kedua-duanya menyekat penghasilan estrogen. – Agensi (sumber)

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat
Editor: Kelab Ibu Ohsem

(Visited 142 times, 1 visits today)

You may also like...

1 Response

  1. bersyukur dengan wanita yang dapat melahirkan ramai anak sebagai penyambung generasi masa hadapan….
    asraff ruslan recently posted…Keputusan UPSR Diumumkan 17 November 2015My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge