Kita sedia maklum, sayur merupakan menu sihat dalam hidangan seharian. Sayur-sayuran tinggi khasiat dengan zat, vitamin dan serat yang diperlukan oleh tubuh.
Tetapi, ramai kanak-kanak menolak sayur dalam hidangan mereka hingga pening ibu-ibu dibuatnya. Mari kita cuba, 6 trik & idea pikat anak makan sayur ni.
6 Trik & Idea Pikat Anak Makan Sayur
#1 ~ sorokkan sayur
Kebanyakan kanak-kanak sukakan nugget. Apa kata ibu-ibu cuba buat home made nugget dan sorokkan sayur di dalamnya. Anak-anak pasti akan makan sayur dengan gembiranya.
#2 ~ potong sayur kecil-kecil
Trik penting untuk menyorokkan sayur ialah dengan memotongnya kecil-kecil. Saiz hidangan yang kecil akan membuatkan anak terus memasukkan sayur dalam mulut dan kunyah dengan gembira.
#3 ~ sayur celup tepung
Anak-anak suka makan makanan bergoreng seperti cucur. Apa kata ibu-ibu buat sayur celup tepung yang digoreng. Anak-anak mungkin tidak akan perasan bahawa mereka sedang makan sayur.
#4 ~ makan sayur cicah sos
Anak-anak, malah orang dewasa sekalipun suka makan snek cicah sos. Ibu-ibu hidangkanlah cucur sayur, sayur celup tepung, atau apa-apa hidangan sayur dengan sos. Anak-anak yang suka cicah sos, pasti akan makan sayur dengan rela hati dan gembira.
#5 ~ telur dadar + sayur
Anak-anak suka asing dan ketepikan sayur ketika makan bukan? Sebenanrnya, menggabungkan sayur dan lauk dalam 1 hidangan akan menyukarkan aktiviti pengasingan tersebut. Masukkan sahaja sayuran yang dipotong kecil ke dalam telur dadar. Anak-anak yang sukakan telur, pasti akan makan sayur juga.
#6 ~ kerak pizza + sayur
Parut kobis bunga dan campurkan dengan telur. Jadikannya kerak (base) pizza menggantikan tepung. Ia lebih tinggi protien dan rendah kaborhidrat. Ibu-ibu cubalah. Sedap, anak-anak pasti suka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Salam mesra;
Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat