8 Tips Penting Cuci Pakaian Bayi Untuk Elak Masalah Kulit

8 Tips Penting Cuci Pakaian Bayi Untuk Elak Masalah Kulit

Dalam zaman moden ini, mencuci pakaian semudah campak dalam mesin basuh, masukkan sabun pencuci dan tekan butang ‘on’. Tunggu hingga selesai dan sidai.

Walaubagaimanapun, mengurus pakaian bayi bukan semudah itu. Kulit bayi sangat sensitif dan daya tahan badan mereka juga belum sempurna. Jika tersilap cara mengendalikan cucian, bimbang kulit bayi terkena jangkitan bakteria hingga boleh menyebabkan kegatalan dan masalah kulit.

8 Tips Penting Cuci Pakaian Bayi Untuk Elak Masalah Kulit

Cara mencuci pakaian anak adalah salah satu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh setiap ibu bapa terutama bagi mereka yang baru mendapat anak. Berikut adalah 8 tips penting cuci pakaian bayi yang ibu bapa perlu tahu untuk mengelakkan masalah kulit.

1. Asingkan baju bayi dan dewasa

Sepanjang setahun pertama usia anak, pastikan cuci pakaian mereka berasingan dengan pakaian orang dewasa yang lain untuk mengelakkan pencemaran kotoran daripada pakaian orang dewasa.

2. Cuci pakaian baru

Jangan memakaikan anak dengan pakaian yang baru dibeli. Cuci terlebih dahulu pakaian tersebut bagi menghilangkan debu dan kandungan bahan kimia yang digunakan dalam proses membuat pakaian tersebut.

3. Buang kotoran pejal

Bersihkan dahulu kesan kotoran makanan bayi sebelum pakaian dicuci. Buang sebarang kotoran pejal yang ada pada pakaian, bilas bahagian tersebut di bawah air mengalir. Sekiranya masih ada lagi kesan kotoran, anda boleh rendam sekejap dalam air yang dicampur dengan sabun pencuci khas untuk bayi.

4. Sabun khas untuk baju bayi

Gunakan sabun khas untuk bayi atau sabun yang benar-benar dipastikan bebas bahan kimia berbahaya bagi mencuci pakaian sehingga mereka berusia enam bulan. Selepas itu anda boleh bertukar perlahan-lahan kepada sabun lembut yang biasa. Sekiranya anak menghadapi masalah jangkitan pada kulit, kembali gunakan sabun khas untuk bayi kerana dia mungkin mempunyai kulit yang sensitif.

5. Jangan guna pelembut pakaian

Jangan gunakan pelembut pakaian semasa mencuci pakaian anak selama enam bulan pertama usianya. Selepas tempoh usia tersebut, anda boleh menggunakan pelembut pakaian yang mempunyai kandungan formula hypoallergenic, tiada bahan kimia berbahaya dan tidak bertoksik.

6. Bilas dengan sempurna

Sekiranya memilih cara cucian tangan, pastikan anda membilas pakaian anak beberapa kali sehingga tiada lagi kesan sabun yang tinggal.

7. Gunakan putaran lembut

Jika menggunakan cara cucian mesin basuh, pilih butang putaran lembut pada mesin basuh semasa mencuci. Ia untuk mengelakkan pakaian anak anda mudah rosak.

8. Tidak perlu disterika

Biasanya pakaian bayi tidak perlu disterika. Sekiranya ada jenis yang perlu disterika, elakkan penggunaan suhu terlalu tinggi yang berisiko merosakkan kelembutan pakaian bayi.

8 tips pencucian pakaian bayi ini bukan hanya terhad pada pakaian sahaja tetapi diguna pakai untuk semua fabrik yang bersentuhan dengan kulit bayi seperti selimut, kain bedung, cadar, sarung bantal, tuala dan sebagainya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

(Visited 3,137 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge