Cara Atasi 4 Masalah Kulit Yang Sering Terjadi Pada Ibu Mengandung

Semasa mengandungkan anak sulung dulu saya rasa saya sangat comot. Orang kata ianya perkara biasa jika mengandungkan anak lelaki. Mungkin benar, mungkin juga kebetulan. Wallahua’alam..

Alhamdulillah, saya tidak berjerawat semasa hamil seperti yang dialami oleh beberapa orang kawan. Tetapi saya mengalami mengalami peningkatan pigmentasi. Masa itu, banyak buku dan majalah saya jadikan rujukan kehamilan selain bertanya kepada kawn-kawan yang berpengalaman.

Sekarang dunia semakin maju, semua info dihujung jari. Klik sahaja diinternet, berbagai info yang berkaitan akan muncul. Saya kongsikan di sini 4 masalah kulit yang sering terjadi pada ibu hamil dan cara mengatasinya.

Cara Atasi 4 Masalah Kulit Yang Sering Terjadi Pada Ibu Mengandung

Berikut adalah 4 masalah kulit yang sering terjadi pada ibu hamil dan cara mengatasinya.

1. Kesan regangan

Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara.

Cara atasi: Sapu lebih banyak losen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan kaya vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit.

2. Jerawat dan bintik-bintik

Disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik.

Cara atasi: Sentiasa pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelembap bebas minyak. Pastikan kandungan pencuci muka bebas dari bahan-bahan kima berbahaya. Carilah pencuci muka yang natural dan diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. Elakkan rawatan anti jerawat (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi.

3. Peningkatan pigmentasi

Pasti ada dalam kalangan ibu hamil yang mengalami peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan waja terutama di bahagian pipi dan dahi.

Cara atasi: Pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari. Gunakan pelindung matahari, dan sekali lagi diingatkan gunalah pelindung matahari yang bebas dari bahan kimia berbahaya.

4. Kegatalan kulit

Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Ini menyebabkan kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan ini mengakibatkan kulit menjadi kering dan tegang.

cara atasi kulit gatal semasa hamil

Sekadar gambar hiasan..

Cara atasi: Elakkan kulit daripada menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat. Pastikan juga kandungan krim bebas dari bahan-bahan kima berbahaya. Carilah krim yang natural dan diperbuat dari bahan-bahan semulajadi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

(Visited 1,060 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge