Menanam Empati Pada Diri Anak-anak

menanam empati pada anak-anak

Salah satu buku keibubapaan yang saya miliki ialah ’43 Inspirasi Mendidik Anak’ tulisan Mohd Hisham Mohd Sharif dan isterinya Hasifah Zainudin. Pasangan ini membukukukan catatan-catatann sepanjang perjalanan mereka mendidik dan membesarkan anak-anak.

Penulisan buku ini santai, berkisar tentang mereka dan anak-anak, dan yang menariknya turut diselitkan ilmu-ilmu keibubapaan yang dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa lain yang membaca buku ini.

Salah satu topik yang menarik minat saya untuk dikongsikan di sini ialah tentang;

Menanam Empati Pada Diri Anak-anak

Dalam bab ini Hisham menceritakan tentang anak kecilnya Khadijah yang cirit birit pada musim sejuk. Tetapi anak sulungnya Humaira’ menuntut janji yang telah dibuat untuk pergi ke Taman Haiwan Liar Gorge untuk melihat kanggaru, koala dan wombat.

Humaira’ yang masih belum faham tentang empati, tidak mempedulikan tentang adiknya demi dapat pergi ke zoo sebagaimana yang telah dijanjikan. Ketika inilah Hisham cuba menanam empati pada diri anaknya.

Apakah empati?

Empati itu adalah memahami jiwa manusia serta merasai keperitannya. Ia juga keupayaan mencipta keinginan untuk membantu, mengalami emosi yang serupa dengan emosi orang lain, untuk mengetahui apa yang orang lain rasa dan fikirkan.

Pada cirit adik Khadijah, ada tarbiah tentang empati untuk kakaknya Humaira’.

Bagi Hisham, mendidik anak memahami sifat empati adalah antara perkara penting yang perlu diterapkan dalam minda kanak-kanak yang sedang membesar dan baru hendak belajar bersosial bersama dengan rakan-rakannya. Terutama yang berusia 5-8 tahun.

Melalui kisah ini, Hisham merungkaikan persoalan mengapa ibu bapa perlu menanam empati pada diri anak-anak.

Mengapa ibu bapa perlu menanam empati pada diri anak-anak?

1. Mendidik anak-anak memahami kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh orang lain adalah penting bagi menjadikan mereka manusia yang lebih prihatin.

2. Kegagalan memahami empati akan menyebabkan anak itu membesar menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dan tidak akan pernah faham akan kesusahan yang sedang dialami orang lain.

3. Memahami empati juga, adalah perkara paling asas dalam menjadikan seorang manusia itu sebagai pendakwah yang baik kerana pendakwah yang sentiasa peka akan kesusahan dan keperitan yang dialami oleh orang lain akan sentiasa cuba bersungguh-sungguh untuk menjadi penyelesai kepada masalah yang sedang dihadapi oleh umat.

Bagaimana menanam empati pada diri anak-anak?

Anak-anak kecil yang berusia antara 4-5 tahun secara fitrahnya tidak memahami sifat empati secara sendiri. Dalam usia tersebut, mereka lebih mempunyai perasaan pentingkan diri sendiri.

Maka ibu bapalah yang perlu mendidiknya dengan menunjukkan contoh yang baik agar anak-anak membesar menjadi manusia yang mempunyai sifat empati.

Kesimpulan

Tanamkan empati dalam diri sebagai ibu bapa, tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak, insyaAllah akan tertanam empati pada diri anak-anak.

Mendidik anak tentang teori impati mungkin tidak sukar, tetapi untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan sendiri dan keluarga perlukan mujahadah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

(Visited 202 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge