NutriWhite ~ Produk Penjagaan Wajah Tanpa Bahan Kimia, Selamat & Berkesan

Sudah menjadi fitrah, semua wanita mendambakan kulit yang bersih, licin dan gebu. Malah ada sebahagian mereka begitu ghairah untuk memiliki kulit yang putih dan cerah.

Maka, penggunaan produk penjagaan wajah bagaikan sudah menjadi kemestian. Ramai yang sangat teruja dengan produk yang dapat memberikan kesan yang cepat dan singkat, mampu memutihkan kulit, selain harga yang murah.

Persoalannya; apakah kandungan dan bahan dalam produk penjagaan wajah yang kita gunakan? Dan adakah ianya selamat untuk jangka masa pendek dan panjang?

NutriWhite ~ Produk Penjagaan Wajah Tanpa Bahan Kimia, Selamat & Berkesan

Shaklee muncul sebagai syarikat yang komited dalam mengeluarkan produk yang bebas bahan kimia berbahaya terutamanya paraben. Dengan kembali kepada alam semula jadi, Shaklee berusaha menghasilkan produk yang dekat dengan alam yang diyakini mampu memberikan kesan yang terbaik kepada kehidupan manusia.

Nutriwhite shaklee

NutriWhite Shaklee

NutriWhite Shaklee merupakan produk penjagaan muka yang bebas bahan kimia berbahaya. Polisi produk Shaklee adalah  produk yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Rangkaian Produk NutriWhite

Set Nutriwhite Shaklee mengandungi 7 item, iaitu :-

Gentle Action Makeup Remover

• Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
• Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
• Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
• Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

Gentle Deep Foaming Cleanser

• Membersihkan dan menyegarkan kulit
• Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
• Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
• Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
• Lembut dan menyegarkan

Soothing Radiance Whitening Softener

• Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
• Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
• Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
• Marshmallow membekalkan lembapan penting
• Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit

Spot Whitening Treatment

• Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan
• Kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
• Cats Claw menegangkan kulit
• Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit

Daily Defense Whitening Essence

Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:

• Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
• Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
• Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
• Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
• Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
• Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit

Ultimate Protection Whitening Lotion

• Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari.
• Serta Mountain Arnica untuk melegakan kera dangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.

Overnight Renewal Whitening Cream

• Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit
• Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
• Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
• Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
• Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya

Apakah perbezaan di antara NutriWhite Shaklee berbanding produk penjagaan wajah yang lain?

  • Set NutriWhite Shaklee dihasilkan daripada bahan semulajadi, bebas bahan kimia, dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.
  • Produk NutriWhite dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat.
  • Mengambil masa selama tiga tahun untuk pembangunan produk.
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah diperoleh daripada 16 buah negara.
  • Menjalani ujian secara menyeluruh.
  • Mengandungi vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside), merupakan ramuan selamat dan terbukti mendapat manfaat secara maksimum tanpa risiko kesan sekunder.
  • Campuran 16 nutrien botani yang berkesan membantu mengurangkan penampilan melanin sedia ada untuk menjadikan kulit lebih putih, cerah, dan bercahaya.

 

bahan nutriwhite shaklee

 

bahan nutriwhite shaklee2

 

bahan nutriwhite shaklee3

 

bahan nutriwhite shaklee4

 

Bagaimanakah sistem NutriWhite bertindak?

Sistem NutriWhite bertindak dengan 5 cara:

1.  Mencegah – melindungi kulit secara aktif daripada sinar UV, cahaya matahari dan alam sekitar yg dpt menggelapkan kulit

2.  Mengurangkan – mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit. Untuk kulit lebih cerah

3.  Menyekat – menyekat pemindahan pigment hitam daripada dalam sel kulit ke lapisan atas untuk mencegah kemunculan tompok hitam

4.  Memperbaharui – memperbaharui dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melanin berlebihan agar kulit cantik berseri

5.  Mencerahkan – mencerahkan warna melamin yang sedia ada serta tompok hitam. Juga menyerlahkan wana kulit secara keseluruhan

Bagaimana untuk mendapatkan rangkaian produk NutriWhite Shaklee?

Untuk pertanyaan lanjut, konsultasi atau pembelian, boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu anda.

Zefa NorAsmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Shaklee Independent Distributor (ID:909824)
Whatsapp: 011-11537821
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
.
(Visited 489 times, 1 visits today)

You may also like...

1 Response

  1. 10/12/2015

    […] bebas minyak. Pastikan kandungan pencuci muka bebas dari bahan-bahan kima berbahaya. Carilah pencuci muka yang natural dan diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. Elakkan rawatan anti jerawat (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge