Perlukah Tadika Seawal 4 Tahun?

Menghantar anak ke sekolah tadika atau pra sekolah bagaikan satu kemestian pada masa kini dan bukan lagi sebagai satu pilihan seperti waktu dulu-dulu. Belajar di tadika bukan lagi sekadar mewarna kartun, menulis A hingga Z, membilang 1 hingga 10 dan menyanyikan lagu yang mudah tetapi sebenarnya lebih dari itu.
Paling utama, tadika atau prasekolah dapat memberikan satu permulaan yang baik kepda dunia akademik anak-anak sebelum melangkah ke sekolah rendah.
Ramai ibu bapa menghantar anak ke tadika pada usia 5 dan 6 tahun. Ada juga yang menghantar anak ke tadika seawal usia 4 tahun. Persoalannya, perlukah tadika seawal 4 tahun?
perlukah tadika seawal 4 tahun

Perlukah Tadika Seawal 4 Tahun?

Jawapan pada soalan di atas adalah jawapan yang sabjektif. Ia perlu dilihat dari pelbagai sudut.

1. Kemampuan Ekonomi Ibu Bapa

Sedia maklum, kebanyakan tadika atau pra sekolah kerajaan tidak bersedia menerima kanak-kanak berumur 4 tahun sebagai pelajar. Sebagai pilihan, ibubapa terpaksa menghantar anak-anak ke tadika swasta yang pastinya mengenakan yuran yang lebih tinggi. Maka kemampuan ekonomi ibu bapa menjadi salah satu faktor, sama ada anak perlu dihantar ke tadika seawal 4 tahun.

2. Perkembangan Anak-anak

Melangkah ke alam tadika memerlukan anak-anak lebih berdikari. Anak-anak perlu tahu untuk ke tandas sendiri, mengurus diri, memakai kasut dan lain-lain kemahiran asas.
Sebagai contoh, Yusuf lahir pada penghujung tahun. Ketika saya berkira-kira menghantarnya ke tadika 4 tahun, dia sebenarnya baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 3 tahun. Pada masa itu, dia masih belajar untuk urus diri termasuk urusan ke tandas. Maka, saya mengambil keputusan untuk hanya menghantarnya ke tadika pada usia 5 tahun (ketika baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 4).
Setiap kanak-kanak mempunya tahap perkembangan mental dan fizikal yang berbeza.Maka ibu bapa perlu mengambil faktor ini sebelum membuat keputusan menghantar anak ke tadika seawal usia 4 tahun.

3. Perkembangan Sosial

Anak-anak yang membesar di Taska biasanya mereka tiada masalah untuk bersosial kerana mereka sentiasa didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan banyak bergaul bersama kawan-kawan. Walaubagaimanapun, pembelajaran di tadika dapat membantu ke arah perkembangan yang lebih baiktermasuk dari sudut akademik.

4.  Ilmu Pengetahuan

Saya pernah mendengar rungutan seorang kawan yang menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. Aktiviti mereka hanya makan, tidur dan menonton tv. Saya kira lebih baik anak-anak seperti ini di hantar ke tadikaatau setidak-tidaknyaplayschool sekiranya tempat asuhan mereka mempunyai ciri-ciri seperti yang saya nyatakan di atas. Setidak-tidaknya mereka dapat ilmu di sana.

Penutup

Apa yang saya catatkan di atas adalah pandangan peribadi saya. Namun sekiranya ia dipandang sebagai sesuatu yang positif, mungkin ia dapat dijadikan panduan kepada yang mempunyai persoalan perlukah tadika seawal 4 tahun.
.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
.
Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

(Visited 518 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge