Persoalan Cacing dan Jangkitan Kepada Manusia Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Saya kira ramai menyedari antara isu yang sedang viral dimedia sosial sekarang ialah keperluan memberikan anak-anak ubat cacing. Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak, walaubagaimanapun ia juga berlaku kepada orang dewasa terutama yang rendah sistem imun dan tidak menjaga kebersihan.

Little Child In Toilet

Persoalan Cacing dan Jangkitan Kepada Manusia Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Saya cuba melayari beberapa blog dan laman sosial milik beberapa orang Doktor di Malaysia seperti Dr Zubaidi, Dr Abd Rahim dan Dr Azwan untuk mengumpul beberapa jawapan ke atas persoalan cacing dan manusia yang melintas difikiran saya.

Bagaimana jangkitan cacing berlaku kepada manusia?

Jangkitan cacing berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing. Telur ini mencemarkan tanaman dan tangan kitaa. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan betul menyebabkan telur cacing masuk ke dalam mulut dan larva akhirnya menetas di dalam usus kita.

Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan lain-lain binatang peliharaan.

Apakah jenis-jenis cacing yang boleh hidup di dalam badan manusia?

1. Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – cacing ini bersaiz besar seperti gelang, tetapi ia boleh masuk hati dan paru-paru

2. Cacing kerawit (Necator Americanus) – ccaing ini mempunyai gigi tajam yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia masuk melalui kaki dan kuat menghisap darah manusia.

3. Cacing rambu atau cacing benang – cacing ini sangat halus dan selalu melekat di kawasan dubur.

4. Cacing pita – cacing ini berbentuk seperti pita, pipih tapi panjang.

Apakah tanda-tanda seseorang itu mendapat jangkitan cacing dalam badan?

* Keluar cacing dari lubang najis

* Ada cacing pada najis.

* Gatal dubur.

* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit

* Anemia – kurang darah kerana ada cacing yang menghisap darah manusia.

* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam

* Tiada selera makan, pucat,

* Kurang berat badan walaupun berselera makan

* Menggisir gigi ketika tidur malam.

* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asma kerana cacing ada di paru-paru

Apakah cara untuk mengelakkan jangkitan cacing?

* Amalkan kebersihan diri dan rumah

* Cuci tangan sebelum dan selepas makan.

* Cuci tangan selepas keluar tandas.

* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan.

* Pakai kasut bila keluar rumah sebab ada cacing boleh masuk menerusi kulit manusia.

* Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah.

* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.

Apakah jenis ubat cacing yang boleh diambil?

Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/mebendazole

Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate

Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Walaubagaimanapun, sangat digalakkan untuk merujuk terlebih dahulu kepada mana-mana doktor atau klinik yang berhampiran anda.

Bolehkan wanita mengandung dan bayi bawah 1 tahun makan ubat cacing?

Wanita mengandung dan bayi di bawah umur 1 tahun dilarang makan ubat cacing.

Perlukah ubat cacing diberikan kepada anak?

Sebagai usaha pencegahan ianya adalah perlu, selain itu ibu bapa perlu mendidik dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti yang dinyatakan di atas kepada anak-anak masing-masing.

Berapa kerap ubat cacing perlu diberikan kepada anak-anak?

Menurut Dr Zubaidi, ubat cacing boleh diberikan setiap 6 bulan atau setahun sekali.

Apakah kesan dari masalah jangkitan cacing yang tidak diatasi?

1. Perut boleh tersumbat dgn cacing hingga tidak boleh membuang air besar. Gejala muntah tanpa henti juga boleh berlaku dan perut menjadi kembung. Untuk mengatasinya, satu pembedahan untuk mengeluarkan cacing-cacing tersebut perlu dilakukan.

2. Larva cacing boleh sampai ke paru-paru yang akan menyebabkan batuk dan lelah.

3. Cacing yang banyak pada usus besar dan rektum boleh mengakibatkan usus terkeluar dari lubang dubur.

4.Ada spisis cacing yang menghisap darah manusia dan menyebabkan seseorang itu kekurangan darah atau anemia. Anemia mengganggu tumbesaran kanak-kanak dan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Adakah cara semulajadi untuk mengatasi masalah cacing tanpa ubat?

Orang tua-tua kata, jangan makan kelapa parut untuk mengelakkan kecacingan. Selain itu boleh juga amalkan:

1.Makan buah tomato mentah

2. Makan bawang putih mentah,

3. Minum bawang putih yang bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

4. Minum air kelapa.

5. Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.

6. Minum air perahan nenas yang diparut dan ditambah madu atau sirap gula batu.

Kesimpulannya:

Penjagaan kebersihan adalah perkara paling asas dan utama dalam pencegahan jangkitan cacing. Sekiranya dapat mengesan simptom-simptom jangkitan, jangan berlengah untuk terus berjumpa doktor.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

(Visited 1,708 times, 1 visits today)

You may also like...

2 Responses

  1. Sarah says:

    Slm. Nk tnye. Ibu menyusu bolehkah makan ubat cacing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge