Resepi Puding Roti Yang Anak-anak Pasti Suka

Ramai kanak-kanak sukakan roti, tetapi sebahagian besar dari mereka tidak gemar kulit roti. Nak makan roti mesti buang bahagian tepi-tepi tu. Maka ibu-ibu pun dalam dilema. Nak buang membazir, tapi nak buat apa?

Mari cuba resepi puding roti yang menggunakan kulit roti ni. Sedap, lembut dan baunya sahaja cukup menyelerakan. InsyaAllah anak-anak pasti suka..

puding roti 2

Resepi Puding Roti Yang Anak-anak Pasti Suka

Bahan-bahannya:

100 gram kulit roti

1 cawan air

1/3 cawan susu pekat manis

1 sudu besar mentega

1 sudu kecil garam halus

1 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

1 genggam coklat cip

Cara-caranya:

Satukan air dan susu pekat manis di dalam periuk. Buka api, kacau rata sehingga susu menjadi suam. Padamkan api.

Masukkan kulit roti yang disiat sederhana. Masukkan garam, mentega dan kacau hingga rata.

Pukul telur bersama esen vanilla dan masukkan ke dalam adunan roti. Kacau rata.

Masukkan ke dalam Loyang berdiameter 7 inci yang telah disapu mentega. (Adunan ini sedikit sahaja). Taburkan coklat cip di atasnya.

Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 – 45 minit.

Sedia dihidangkan.

puding roti 1

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat

(Visited 1,220 times, 2 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge