Tips Anak Bangun Pagi Tanpa Ragam Agar Pergi Sekolah Dengan Ceria

Hari ini sudah penghujung 2015 dan besok 2016 akan memunculkan diri. Anak-anak juga bakal memulakan sesi persekolahan di tahun baru. Anak-anak tahun 1 pun nampkanya sudah memulakan sesi orientasi di sekolah masing-masing.

Anak-anak kecil pula bakal melangkah ke sekolah tadika. Dalam teruja si ibu bapa nak menghantar anak ke sekolah, ada juga bimbangnya. Bimbang sikecil sukar bangun dan meragam dipagi hari.

tips anak mudah bangun pagi

Tips Anak Bangun Pagi Tanpa Ragam Agar Pergi Sekolah Dengan Ceria

Berikut ada beberapa tips yang boleh dipraktikkan pada sikecil.

1. Tidur lebih awal

Anak yang cukup tidur biasanya akan lebih mudah bangun malah lebih ceria. Bila tidur lewat, tidur pun tak cukup. Tak cukup tidur akan membuatkan sikecil sukar bangun malah meragam.

Selain memastikan anak-anak tidur awal, ibu bapa juga perlu menetapkan jadual tidur disiang hari.

2. Jam loceng

Hadiahkan jam loceng pada sikecil dan kenalkan fungsi-fungsi asasnya termasuk bunyi deringan untuk mengejutkan orang yang tidur. Untuk lebih menerujakan sikecil, hadiah mereka dengan jam loceng yang mereka suka dan pilih sendiri.

3. Kata-kata dorongan sebelum tidur

Selain aktiviti-aktivi biasa sebelum tidur seperti storytelling, bacaan ayat-ayat Al Quaran dan doa, ibu bapa juga boleh menceritakan keseronokan pergi ke tadika. Beritahu sikecil, anak yang bagus adalah anak yang mudah bangun pagi pergi ke sekolah.

Kata-kata perangsang dan dorongan pasti membuatkan anak-anak lebih mudah bangun pagi pada keesokannya, ceria dan lebih bersemangat.

4. Kewajiban solat Subuh

Tekankan pada anak-anak dan didik sejak kecil lagi tentang kewajiban solat 5 waktu termasuk Subuh. Anak-anak yang dibiasakan solat Subuh bersama ibu bapa sejak kecil lagi pasti tidak akan ada masalah bangun pagi.

Ibu-ibu digalakkan menggunakan ayat “Bangun nak, kita solat Subuh..” berbanding “Bangun nak, siap-siap pergi sekolah..”

5. Keburukan bangun lewat

Beritahu anak-anak tentang keburukan bangun lewat. Mereka mungkin akan lewat ke sekolah, cikgu marah dan sebagainya. Tetapi jangan gunakan dari awal, hanya gunakan jika anak-anak masih sukar bangun setelah beberapa hari sesi persekolahan.

6. Kejutkan lebih awal

Sedangkan orang dewasa perlukan masa untuk bangkit dari tempat tidur, inikan pula anak-anak kecil. Jadi, kejutkan anak-anak beberapa minit lebih awal dari waktu bangun yang dijadualkan. Berikan anak-anak sedikit masa di antara dia membuka mata hingga bangun ke bilik air. Anak-anak akan lebih selesa dan ceria tanpa rasa tergesa-gesa.

Penutup

Anak-anak adalah acuan dari ibu bapanya. Jadi, untuk anak-anak bangun awal, ibu bapa wajib bangun juga lebih awal.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
.
Salam mesra;
.
Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 622 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge