Cara Hilangkan Bentan Ibu Bersalin

Dua kali bersalin, dua-dua kali saya terkena bentan. Dua-dua pun puncanya sama, aircond. Semasa berpantang Yusuf, saya dapat rezeki menghadiri panggilan temuduga. Semasa berpantang Maryam pula, menghadiri peperiksaan jabatan. Balik sahaja sampai rumah, demam diikuti rasa sejuk yang teramat sangat hingga menggigil-gigil. Walaupun cerita ni dah bertahun-tahun berlalu, saya tetap ingat sebagai satu momen yang tak boleh dilupakan.

cara hilangkan bentan ibu berpantang

Apakah Yang Dimaksudkan Bentan?

Bentan bukan sekadar demam, ia bermaksud berbalik sakit.  Ertinya, sekiranya seseorang itu sakit tetapi tidak menjalani rawatan yang betul atau menyalahi pantang, orang itu akan mendapat bentan. Sakit yang pada awalnya sudah semakin sembuh akan menjadi bertambah buruk dan melarat. Sebagai contoh, wanita yang baru melahirkan anak perlu berpantang.  Selain demam, antara gejala bentan pada wanita yang baru melahirkan ialah sakit pada ari-ari, keluar darah atau nanah dari saluran peranakan ataupun berlaku buasir.

Dari sudut sains, bentan dianggap seperti ‘infection’, ‘allergic’ atau ‘side effect’, iaitu kesan daripada sesuatu pembedahan atau ubat yang dimakan ketika sakit. Kesan ini juga boleh diperolehi sekiranya badan kita alah pada sesuatu jenis makanan contohnya makanan laut yang akan menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata.

Konsep bentan hanya difahami sepenuhnya oleh orang Melayu yang berpegang pada adat, nilai dan budaya Melayu.  Sekiranya kita mengikut pantang larang ketika sakit, pastinya kita tidak akan mengalami bentan. (sumber)

Bagaimana Cara Hilangkan Bentan Ibu Bersalin?

Masa kena bentan dulu, saya cuma pakai baju tebal, sapu minyak panas dikaki, pakai stokin tebal, makan jamu untuk panaskan badan kemudian berselimut. Lama-lama kebah sendiri. Saya tak ambik ubat demam sebab elak ambil apa-apa ubatan semasa menyusukan anak. Masa tu tak kenal lagi supplemen-supplemen ni, yang tahu jamu dan ubat doktor.

Bentan Hilang dengan Vivix dan Ostematrix

Saya nak kongsikan pengalaman seorang kawan, Rose namanya. Rose bersalin dan berpantang sendiri. Banyak urusan rumahtangga macam basuh pinggan, mandikan anak, sidai baju, Rose uruskan sendiri.

Inilah masalah bila berpantang sendiri, ia jadi ‘pantang tengok’. Pantang nampak kerja rumah semua nak buat. Dah fitrah seorang isteri dan ibu kan..

Macam Rose, akibat kurang berehat dan terlebih buat kerja semasa berpantang, Rose bentan. Syukur Rose ada simpanan supplemen di rumah. Bila ambil Vivix dan Ostematrix, rasa sengal-sengal badan hilang dan badan rasa fresh.

Syukur alhamdulillah, Rose serasi dengan Vivix dan Ostematrix ni. Jadi dah tak bimbang sangat walaupun berpantang sendiri..

VIVIX

Vivix ni sejenis minuman botanikal yang membantu memanaskan tubuh badan ibu sewaktu bentan. Vivix juga disyorkan untuk diambil sebagai makanan tambahan kepada mereka yang sihat sebagai langkah pencegahan, kerana kita semua berpotensi untuk dihinggapi penyakit dan sel sel kita setiap hari terdedah dengan radikal bebas serta agen penuaan yang akhirnya boleh merosakkan sel-sel tersebut.

OSTEMATRIX

Ostematrix mengandungi gabungan kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral-mineral lain. Ia bukan saja baik untuk tulang dan gigi malah membantu masalah kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi. Ostematrix juga membantu dalam pembentukan sel darah dan mengelakkan sembelit.

Apapun, ini namanya ikhtiar. Semua sesuatu itu adalah dengan izin Allah swt jua..

Poster testimoni bentan

Bagaimana untuk mendapatkan Vivix dan Ostematrix?

Vivix dan Ostematrix boleh dibeli di mana-mana cawangan Shaklee mahupun dari mana-mana pengedar sah. Tapi nanti dulu! Pastikan anda menerima konsultasi dan khidmat nasihat sebelum membuat pembelian kerana Vivix TIDAK SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN.

Sebotol Vivix berharga RM475.00 bersesuaian dengan khasiatnya. Para saintis Shaklee mengambil masa bertahun-tahun membuat kajian untuk menghasilkan Vivix. Vivix disahkan halal oleh badan Islam yang diiktiraf JAKIM.

Sebotol Ostematrix pula harganya RM61.00 sahaja. Tapi, jika anda jadi ahli anda akan dapat harga yang lebih rendah.

Untuk pertanyaan lanjut, konsultasi, nak jadi ahli atau nak tahu harga jimat, hubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu anda.

Zefa NorAsmara bt Jubir aka Ibu Yusuf dan Maryam
Shaklee Independent Distributor (ID:909824)
Whatsapp ~ 011-11537821
(Visited 2,337 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge