6 Tips Hadapi Sawan Demam Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Semalam seorang rakan membuat status di Face Book tentang anaknya yang terkena sawan akibat demam. Setelah mengambil kira waktu bertenang, pagi tadi saya menghubunginya dan bertanya khabar.

Kisahnya, ketika dia mengambil anak di rumah pengasuh badan si anak dah mula dedar. Sampai di rumah belum pun sempat enjin kereta dimatikan si anak mula tidak sedar, terkulai, bibir membiru dan mulut berbuih.

Kawan saya yang sedang sarat mengandung itu mula panik hingga rasa mahu pitam dan terus mendapatkan pertolongan jiran. Mujur ada jiran-jiran yang prihatin dan mereka bergegas membawa ke hospital. Nak dijadikan cerita, dek rasa panik jiran yang membantu hingga tak berkasut dan bertakbir sepanjang jalan ke hospital.

Allahu Akbar! Saya yang mendengar cerita ini turut rasa meremang bulu roma, apatah lagi si ibu yang menghadapi situasi itu.

Sebagai kawan, saya hanya mampu memberi kata-kata semangat dan berdoa semoga si anak cepat sembuh dan dipermudahkan urusan kawan saya itu sekeluarga.

6 Tips Hadapi Sawan Demam Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Agar Tidak Panik

Tips Penting Menghadapi Anak Sawan

Secara kebetulan, hari ini juga seorang rakan FB yang lain berkongsi tulisan seorang Doktor bernama Fahd Razy berkaitan tentang sawan demam atau febrile fits. Panjang tulisannya, tapi saya ambil ringkasannya sahaja iaitu tip-tip penting yang ibu bapa perlu tahu jika ada anak mengalami sawan. Saya kongsikan di sini untuk rujukan bersama kita semua.

1) Jangan panik

Jangan panik! Jangan panik! Jangan panik!

2) Pastikan keadaan selamat

Kalau memandu, berhenti di tepi jalan. Kalau anak atas katil, pastikan dia tak akan jatuh (anda tahan, atau dukung ke lantai). Tak ada benda tajam, keras, bahaya.

3) Letak anak dalam posisi mengiring

Ini penting mengelakkan tercekik atau isi perut dan air liur masuk ke dalam paru-paru (aspiration) kerana risiko muntah tinggi.

4) Lihat jam

Tengok tempohnya. Majoriti sawan berhenti kurang seminit. Dalam realiti, seminit bagaikan ‘seribu tahun lamanya’ bagi ibubapa yang melihat anak kesayangan kena sawan. Sebab tu apabila doktor tanya, ramai ibu bapa cakap ‘5 minit’. ’10 minit’ padahal tidak. Seorang pesakit saya, sawan di depan saya selama 10 saat tetapi ibu bapanya panik dan cakap anaknya sawan ’10 minit’! Ini penting untuk menentukan rawatan.

5) Teruskan menurunkan suhu anak

Mudahnya ialah dengan membasahkan rambut dan tubuh.

6) Perhatikan pernafasan, bibir dan muka

Jika pernafasan terganggu atau anak jadi kebiruan, segera ke hospital.

Apakah situasi yang perlu ke hospital dengan segera jika anak terkena sawan?

Menurut doktor, ada beberapa situasi yang memerlukan anak yang mengalami sawan perli dibawa ke hospital dengan segera. Iaitu..

– Jika sawan berlarutan

Jika sawan melebihi 5 minit, sila bawa segera anak ke klinik atau hospital berdekatan.

– Jika ia pertama kali

Jika ini kali pertama anak mengalami sawan, sila bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sawan tak semestinya kerana demam. Sawan juga boleh terjadi kerana jangkitan di otak dan sebagainya. Pemeriksaan lanjut diperlukan dan mungkin akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.

– Jika anak muntah ketika sawan

Ini untuk memastikan tiada ‘aspiration’ atau radang pada paru-paru anak.

– Jika ada masalah pernafasan, muka biru atau pucat

Jika ada unsur-unsur ini, maka sila bawa anak ke klinik atau hospital berdekatan dengan kadar segera.

– Jika sawan berulang

Jika sawan berulang pada hari yang sama atau selang masa yang tak lama, atau tak sempat sedar sepenuhnya.

– Jika ada tanda-tanda yang tak pulih selepas sawan

Misalnya tangannya lemah sebelah, masih tak sedar, pening atau bercakap mengarut selepas kejadian sawan.

– Jika sawannya tak seperti biasa

Misalnya hanya tangan saja, atau kaki saja.

Rumusan

Sawan mungkin sesuatu yang jarang-jarang berlaku pada kebanyakan kanak-kanak, namun ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa diduga. Semoga artikel ini sedikit sebanyak menambah pengetahuan ibu bapa di luar sana agar lebih bersedia dan tidak panik untuk menghadapai situasi sawan demam ini seandainya berlaku.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Zefa Nor Asmara bt Jubir @ Ibu Yusuf dan Maryam
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat dan Kedai Vitamin Shah Alam 011-11537821

(Visited 170 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge