Jom Detoks Parasit

Detoks atau detoksifikasi adalah proses semulajadi badan untuk mengeluarkan kekotoran, toksin-toksin dan zat-zat tidak perlu dari tubuh. Ada banyak jenis-jenis detoks seperti detoks hati, detoks usus, detoks logam, detoks parasit dan detoks seluruh badan.

Cara detoks juga berbagai-bagai. Ada yang berpuasa, ada yang guna air detoks, ada yang jaga pemakanan, ada yang guna herba, ada yang guna supplemen dan sebagainya.

Untuk penulisan pada hari ini saya berminat untuk berkongsi tentang Detoks Parasit yang telah dipraktikkan oleh ramai ahli Shaklee melalui program Jom Detoks Parasit (JDP).

detoks parasit

Apakah Program Jom Detoks Parasit (JDP) itu?

Jom Detoks Parasit adalah satu program yang dirangka untuk menyahkan parasit dari badan dengan diet yang sesuai beserta sokongan suplemen Shaklee.

JDP dilaksanakan secara berkumpulan supaya saling memotivasikan atau bersama seorang pembimbing agar proses detoks dapat dilaksanakan dengan lebih berdisiplin.

JDP dilaksanakan dengan dua cara pilihan iaitu:

– 14 hari (full detox)

– 5 hari (soft detox)

Apa Itu Parasit?

Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut tentang JDP, adalah lebih baik kita tahu dulu apa itu parasit.

Parasit adalah organisma yang masuk ke dalam tubuh badan kita, kemudian hidup dengan makan nutrien kita dan yang lebih teruk tinggalkan toksin serta bahan buangan pula kepada kita.

Bahasa lebih mudah, parasit adalah makhluk penumpang dalam badan kita.

Jenis-jenis Parasit

Jenis-jenis parasit itu banyak. Tetapi antara yang biasa menyerang manusia ialah:

Cacing tambang:

Cacing ini kebiasaannya menumpang di dalam usus dan paru-paru. Cacing ini dikatakan boleh menyebabkan anemia kepada manusia yang diserang.

Anisakis:

Cacing ini kebiasaannya ada pada ikan dan berpindah ke dalam usus manusia melalui ikan yang dimakan secara mentah

Cacing gelang:

Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides) adalah punca utama jangkitan cacing di kalangan manusia. Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telur-telur cacing dikeluarkan bersama dengan najis.

Acanthamoeba:

Parasit ini kebiasaannya melekat pada ‘cantact lense’ yang tidak dibersihkan dengan baik.

Bagaimana Parasit Masuk Ke Dalam Badan Manusia?

Parasit boleh masuk ke dalam tubuh badan manusia dengan banyak cara, antaranya”

– melalui sumber air minuman dan makanan

– makan makanan yang tidak dicuci dan dimasak dengan sempurna

– makan dengan tidak mencuci tangan

– mandi di tempat awam seperti kolam renang

– melalui haiwan peliharaan

– melalui orang lain yang dijangkiti parasit

– berada ditempat yang kotor dan tidak hygenik

– pengambilan antibiotik yang memusnahkan bakteria baik

– sayur-sayuran organik

Bagaimana Untuk Memulakan Detoks Parasit?

Detoks parasit dimulakan di tengah bulan Islam diwaktu bulan mengambang kerana aktiviti parasit seperti mengawan, bertelur dan membiak sangat aktif ketika ini.

Jika anda memilih untuk membuat detoks 14 hari, program JDP akan dimulakan pada  9 haribulan mengikut kalendar Islam dan berakhir pada 22 haribulan.

Jika anda memlih untuk membuat detoks 5 hari (soft detox) program JDP akan dimulakan pada 13 haribulan mengikut kalendar Islam dan berakhir pada 17 haribulan.

Sepanjang program JDP berlangsung, peserta boleh makan seperti biasa tetapi ada beberapa makanan yang dilarang dan ada pula makanan yang yang digalakkan. Dan adalah lebih baik jika berpuasa pada hari putih.

Peserta juga digalakkan mengambil Set Detoks Parasit untuk mengoptimakan hasil dan keberkesanan program JDP.

Mahu Sertai JDP?

Ya, anda sangat-sangat dialu-alukan untuk menyertai kami. Dapatkan Set Detoks Parasit Shaklee dan anda akan dibimbing sepanjang tempoh detoks 14 ataupun 5 hari.

Hubungi saya:

Zefa NorAsmara bt Jubir aka Ibu Yusuf dan Maryam
Shaklee Independent Distributor (ID:909824)
Whatsapp ~ 011-11537821
(Visited 282 times, 1 visits today)

You may also like...

1 Response

  1. 23/05/2016

    […] Jemput baca tentang program Jom Detoks Parasit (JDP) di SINI (klik). […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge