Puasa Pada Hari Putih

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerap berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, kadang-kadang tiga hari setiap bulan, khasnya hari-hari putih bulan Qamariah dan ada kalanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa sehari dan berbuka sehari, sepertimana puasa yang sering dilakukan oleh Nabi Allah Daud AS.

PUASA PADA HARI PUTIH

Puasa Pada Hari Putih

Hari-hari Putih adalah hari ke 13,14 dan 15 di dalam Taqwim Islam (Qamariah).  Hari-hari tersebut dinamakan sebagaiأيام البيض (hari-hari putih) kerana pada ketiga-tiga malam tersebut bulan sedang mengambang penuh dan kelihatan cerah menyinari dan menerangi alam semesta.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; “Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15.”  (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Puasa sunat tiga hari setiap pertengahan bulan Hijrah, menyamai puasa setahun sebagaimana hadis riwayat daripada Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak tiga hari, maka ganjarannya adalah puasa setahun.”  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan r.a. yang menceritakan; “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 dimana Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa.” (Riwayat Imam Abu Daud).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyuruh umatnya berpuasa pada hari-hari putih adalah kerana dapat memberi ketenangan pada minda, menjadikannya lebih stabil dan tenang, mengatur perilaku manusia dan membentuk akhlak yang mulia.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Di syurga ada ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar, untuk mereka yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat ketika orang lain tidur.”  (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Wallahua’alam..

Sumber

(Visited 148 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge