5M Dalam Perancangan Bisnes

Perancangan Bisnes

Perancangan Bisnes

Alhamdulillah, ibu tengok ramai orang terdekat dan kawan-kawan ibu mula berminat nak buat bisnes..
.
Apa-apa bisneslah. Ada yang buat kek, ada yang jahit baju, ada yang jual tudung telekung, ada yang jual produk kecantikan, ada yang jual vitamin (macam ibu), dll..
.
Tahniah, teruskan usaha. Untuk yang baru nak bermula, ibu nak share 5M dalam perancangan bisnes iaitu:
.
1. Manpower (tenaga kerja)

Kenal pasti tenaga kerja untuk bisnes kita. Mampu buat sendiri atau tidak? Perlukan pembantu atau tidak?

Untuk bisnes yang ibu buat, manpower paling utama ialah diri sendiri. Sendiri majikan, sendiri pekerja. Jadi, malas atau rajin dan bermotivasi atau tidak diri sendiri memainkan peranan utama dalam kelancaran urusan bisnes..
.
2. Machineries (gajet)

Contoh; jika merancang untuk jual kek, kita perlukan mesin pengadun dan oven. Machineries adalah perkara utama perlu dipertimbangkan dalam merancang bisnes..

Untuk bisnes mengedarkan Shaklee secara online, ibu sangat perlukan internet dan gajet. Tanpa dua tu, bisnes online ibu tak akan boleh digerakkan..
.
3. Materials (produk)

Senang cerita, apa yang kita nak dijual. Macam ibu, masih bekerja dan buat bisnes secara part time. Jadi ibu pilih produk sedia ada berbanding produk yang perlu diolah untuk menjimatkan masa..

Alhamdulillah dipertemukan dengan syarikat gergasi Shaklee yang kukuh selama berpuluh tahun. Ibu cuma perlu study tentang produk, share kebaikan dan servis pelangan..
.
4. Money (modal)

Modal dalam bisnes sangat berkait rapat. Besar atau kecil bergantung kepada jenis bisnes. Makin besar modal, mungkin lebih besar keuntungan..

Tapi kena juga fikir risiko. Modal besar tapi bisnes tak jalan, habislah..

Sebabtu ibu pilih Shaklee. Modal permulaan hanya RM79.50 sahaja. Tidak ada paksaan untuk simpan stok..

Alhamdulillah, bermula dengan 2 angka ibu kini mampu simpan stok bernilai 4 angka..
.
5. Methodology

Rancang cara kerja bisnes kita. Nak promot guna cara macammana? Nak berurusan pelanggan bagaimana? Nak letak barang jualan dimana?

Apabila semua apa yang perlu kita lakukan dalam mana-mana situasi yang melibatkan perniagaan, urusan dapat dilakukan dengan mudah dan lancar..
.
Moralnya:

Rancanglah perniagaan anda dengan teliti dan pastikan anda ada cara kerja yang sistematik untuk memastikan anda beroleh kejayaan di dalam perniagaan yang dijalankan.
.
Nak bisnes tapi tak tahu nak jual apa? Jom sertai team Shaklee kami. Modal rendah dan bimbingan disediakan. Tapi wajib sediakan hati yang kental..
.
Ibu Yusuf Dan Mariam
Shaklee Distributor & Business Leader
Fonder of KSBiG
011-11537821
.
#tsunamiShaklee
#tsteam3
#pengedarShaklee
#pengedarShakleeShahAlam
#ShakleeShahAlam
#ZefaShaklee
#KeluargaSihat
#KeluargaSihatBizGroup
#KSBiG

(Visited 73 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge