Rasa Kebas dan Sakit Pada Bahagian Tangan Sindrom Carpal Tunnel

Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum ini hasil dari carian, saya ada menulis tentang Mengapa Rasa Kebas Pada Hujung Jari, Tangan dan Kaki Berlaku? yang saya simpulkan secara umum berkemungkinan disebabkan masalah saraf dan saluran darah.

Hari ini saya ingin menulis semula hasil pembacaan saya berkenaan rasa kebas, rasa menyucuk-nyucuk, rasa sakit dan tidak selesa khusus di bahagian pergelangan tangan. Ciri-ciri ini dikatakan menepati tanda-tanda sindrom Carpal Tunnel.

Sindrom Carpal Tunnel

Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (Median Nerve) di pergelangan tangan seseorang. Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan (Carpal Tunnel) itu sendiri.

sindrom-carpal-tunnel

Apakah Tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel?

  • Kebas pada bahagian pergelangan tangan dan jari terutama ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta sebahagian pada jari manis
  • Sakit & berdengut pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau tapak tangan dan jari
  • Rasa lemah pada bahagian tangan menyebabkan sukar memegang sesuatu objek

Apakah Contoh Pekerjaan yang Berisiko Mengalami Sindrom Carpal Tunnel?

  • Bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat
  • Pekerjaan melibatkan menaip berulang kali
  • Memandu kereta
  • Menjahit dan melukis
  • Penglibatan sukan yang menggunakan pergelangan tangan – pemain bola baling dan badminton
  • Pemain muzik professional

Apakah Faktor yang Menyebabkan Risiko Sindrom Carpal Tunnel?

  • Keturunan
  • Penyakit artritis – penyakit sendi terutama sendi pergelangan tangan
  • Masalah kesihatan – diabetes & gangguan tiroid
  • Kegemukan
  • Wanita yang hamil menggunakan pil perancang keluarga
  • Merokok

Bagaimanakah Sindrom Carpal Tunnel Dirawat?

Rawatan Sindrom Carpal Tunnel terbahagi kepada 2 cara iaitu:

1. Kaedah tanpa pembedahan

Rawatan bagi keadaan ini biasanya dimulakan dengan pemakaian ‘night splint’ iaitu sejenis orthosis daripada jenis thermoplastic bagi mengelakkan pengelangan tangan daripada terbengkok secara tidak sedar semasa pesakit tidur.

Sekiranya kita lihat, kebiasaannya pergelangan tangan seseorang akan berada dalam keadaan bengkok ke dalam semasa kita tidur, dan ini akan menyebabkan tekanan pada saraf bertambah serius. Cuba anda perhatikan tangan anak-anak atau pasangan anda malam nanti!

Pesakit juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan radang atau kebengkakan di kawasan terlibat.

2. Kaedah pembedahan

Pembedahan mungkin perlu dilakukan apabila splinting dan fisioterapi tidak berjaya atau terdapat ketumbuhan di dalam pergelangan tangan pesakit. Ia melibatkan prosedur dimana pesakit atau diberikan ubat bius, dan membuat luka pada bahagian pergelangan tangan pesakit bagi memotong ‘transverse carpal ligament’ dan seterusnya membebaskan saraf ini.

Kini terdapat juga kaedah endoskopik dimana pembedahan dilakukan dengan menggunakan alat endoskopi dan kamera. Ia hanya melibatkan 2 atau 3 luka kecil bersaiz 1 cm bagi membebaskan saraf ini. Namun ia hanya dilakukan di pusat perubatan tertentu sahaja di Malaysia.

Ikhtiar Atasi Sindrom Carpal Tunnel dengan Suplemen Shaklee

Berikut adalah supplemen tambahan yang disyorkan untuk membantu masalah sering rasa kebas, sakit dan tidak selesa pada pergelangan tangan:

1. Ostematrix

Ostematrix mengandungi kalsium, dan lengkap dengan vitamin D, magnesium, fosforus, zinc, mangan dan mineral-mineral penting yang lain.

Ostematrix berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

2. Omega Guard

Omega Guard membantu mengurangkan inflamasi, keradangan, serta memberi kuasa pelincir kepada sendi.

3. Vivix

Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menyihatkan sendi, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Bagaimana untuk mendapatkan supplemen dari Shaklee?

Jangan risau, saya bantu anda. Saya menawarkan penghantaran secara serahan tangan atau COD di sekitar Shah Alam, Jalan Kebun, Johan Setia, Bukit Naga, Perepat, Jalan Kapar dan Bandar Baru Klang. Juga penghantaran melalui kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian, hubungi saya:

Zefa NorAsmara binti Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Independent Distributor
011-11537821
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 225 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge