4 Tips Bahagia dari Dr Rubiah K Hamzah

4 Tips Bahagia dari Dr Rubiah K Hamzah

Alhamdulillah, 19 Oktober 2016 yang lepas ibu berpeluang menghadiri satu program di Petaling Jaya. Salah seorang penceramah jemputannya ialah Dr. Rubiah K. Hamzah seorang pakar perunding motivasi kekeluargaan.

Sepanjang ceramahnya, Dr Rubiah yang membahasakan dirinya sebagai ummi, berkongsi banyak tips-tips kebahagian. Ibu kongsikan 4 tips yang bahagia yang berjaya ibu ingat.

1. Sayangi diri sendiri

Menurut Dr Rubiah, kebahagiaan itu bermula dari diri sendiri. Berhenti membandingkan diri sendiri dengan orang lain sama ada dari segi perjalanan hidup, rezeki dan corak kebahagiaan kerana setiap manusia itu tidak sama. Kita yang menentu dan mencorakkan kebahagian mengikut tafsiran sendiri.

2. Kembali kepada Tuhan

Kebahagian itu adalah milik Allah swt. Untuk mendapatnya kita kena minta dari pemiliknya iaitu Dia. Sentiasa berdoa agar kita diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

3. Bersyukur

Segala apa yang kita ada adalah kurniaan Allah swt dan hanya pinjaman semata-mata. Semakin kita bersyukur, semakin kita akan rasa bahagia.

4. Kasih mengasihi

Kita akan lebih bahagia jika saling kasih mengasihi sesama insan. Bermula dari diri sendiri, orang terdekat, iaitu keluarga hinggalah kepada saudara mara dan rakan.

Sepanjang ceramah, kami beberapa kali diminta bangun dan memeluk orang di sebelah sambil mengucapkan I love You.

Dr Rubiah K Hamzah

Dr Rubiah K Hamzah

Banyak sebenarnya point-point lain tapi 4 ini adalah asasnya. Dr Rubiah juga menyelitkan perkongsian banyak cerita-cerita menarik yang dikutip dari pengalaman beliau.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 114 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge