Apa Nak Buat Kalau Anak Jatuh Dari Tempat Tinggi?

apa-nak-buat-kalau-anak-jatuh

Anak Jatuh Dari Tempat Tinggi

Semalam ada masa lapang ibu selak-selak majalah lama. Selak punya selak terbaca pasal bayi jatuh. Terus teringat masa Yusuf umur setahun lebih dulu, pernah jatuh tangga. Masa tu ibu punyala cemas. Huhu..

Alhamdulillah, dia cuma nangis je masa tu. Tak ada benjol, bengkak atau lebam. Lepas 24 jam pun dia masih okey, tak ada muntah-muntah dan sebagainya.

Apa nak buat kalau anak jatuh dari tempat tinggi?

Mengikut artikel dalam Majalah Mingguan Wanita Bil: 1590 ni, kalau anak terutama yang masih bayi di bawah dua tahun terjatuh, ibu bapa perlu buat tindakan awal iaitu:

1. Buat anak menangis

Kebiasaannya, apabila anak kecil jatuh dari tempat tinggi dia akan menangis. Jika anak tidak menangis, ibu bapa perlu buat dia menangis.

Jika anak tidak sedarkan diri, segera bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

2. Periksa benjolan

Periksa bahagian kepala anak sekiranya ada benjolan terutama di bahagian belakang, kiri dan kanan.

3. Periksa wajah

Gerak wajahnya simetri atau tidak? Misalnya bibir senget boleh menjadi tanda terjadi pendarahan di dalam kepala.

4. Periksa tubuh anak

Periksa gerak atau aktiviti kaki dan tangannya simetri atau tidak? Jika tidak, mungkin ada tulang yang retak atau patah.

Selepas periksa, apa lagi nak buat?

Ya, selepas buat anak menangis, periksa benjolan, periksa wajah, periksa simetri tangan dan kaki, apa lagi yang perlu dibuat?

1. Bawa berjumpa doktor sekiranya perlu

Sekiranya anak-anak mempunyai benjolan di kepala, wajah dan gerak kaki tangan tidak simetri,  segeralah bawa berjumpa doktor. Buat pemeriksaan imbasan untuk memastikan keadaan sebenar anak.

2. Hentikan pendarahan

Jika ada luka dan berdarah, cuci dengan air mengalir dan sabun antiseptik untuk menghilangkan kotoran dan membunuh bakteria.

Jika luka mengeluarkan darah yang banyak, tekan luka dengan kain kasa agar pendarahan berhenti. Cuci luka dengan air mengalir dan sabun antiseptik. Kemudian sapukan cairan antiseptik.

3. Tuam bahagian lebam

Jika ada tanda lebam, iaitu bengkak dan warna kulit menjadi kebiru-biruan bermakna berlaku pendarahan di bawah lapisan kulit. Untuk mengurangkan bengkak, tuam dengan ais yang dibungkus dengan kain selama 15 minit.

4. Pantau keadaan anak

Kebiasaannya doktor akan meminta anak dipantau sekurang-kurang 24 jam hingga 3 hari. Perhatikan jika anak mengalami muntah-muntah, kejang, hubungan mata tidak sebaik seperti sebelum jatuh, berlaku perubahan pola tidur atau bahagian ubun-ubun menjadi tegang. Jika berlaku gejala ini, segera bawa anak ke hospital.

Apapun, pencegahan awal adalah lebih utama. Ibu bapa perlu memastikan persekitaran anak-anak selamat dan pergerakan anak-anak sentiasa dipantau. Jangan tinggalkan mereka di tempat yang tinggi atau berisiko jatuh seperti katil dan kerusi tanpa pengawasan orang dewasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

 

(Visited 95 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge