Apa Nak Buat Kalau Suami Merajuk?

 apa nak buat kalau suami merajuk

Apa Nak Buat Kalau Suami Merajuk?

Ibu baca satu artikel ni dalam satu majalah, tajuknya ‘Cara Comel Pujuk Suami’ tulisan seorang perunding undang-undang keluarga Islam. Tajuk pun dah cukup comelkan?Hehe..

Ibu kongsikan ringkasannya kat sini untuk rujukan bersama. Ye lah, jika isteri merajuk isteri mengharapkan suami pujuk. Begitu juga sebaiknya. Cuma biasanya suami jarang merajuk. Jadi sesekali suami merajuk tu, boleh lah kita praktikkan 3 cara ni.

1. Jangan balas balik. Mengalahlah!

Gaya layanan yang lembut, mendiamkan diri jika suami marah, tidak cuba berdebat, buat muka redha dan sabar akan membantu menurunkan paras ketegangan emosi suami.

Cara sebegini dilihat sebagai antara yang comel dan mengusik hati lelaki sehingga boleh jatuh rasa kasihan kepada isteri.

2. Jangan tegang. Berguraulah!

Suami yang marah biasanya mengambil pendekatan mendiamkan diri. Cuba kenal pasti sebab dia marah atau merajuk dan mintalah maaf. Hantar kepadanya mesej romantik, layan makan minumnya dan bergurau senda seperti tiada apa yang berlaku.

3. Jangan lupa kuasa Allah. Berdoalah!

Seseorang yang merajuk bermakna hatinya terluka. Dan hanya Allah swt yang mampu merawatnya kerana Dialah Tuhan Yang Maha Membolakbalikkan hati manusia.

Dari berendam air mata sampai tidak tidur malam, maka lebih baiklah isteri bermunajat kepadaNya agar dilembutkan hati suami untuk memaafkan.

Setelah 3 langkah yang disebut di atas, maka kecomelan apa lagi yang suami mahu? Merajuk dan saling memujuk adalah tanda bunga-bunga cinta masih hidup dan memekar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 119 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge