Elakkan Mungkir Janji Kepada Anak-Anak. Awas 4 Kesan Buruk Ini

Hari ini berlangsung sukaneka tahap 1 di sekolah anak-anak ibu. Sebelum dari itu, hampir setiap hari Maryam bertanya; “Ibu datang tak?”

Mula-mula ibu jawab; “Tak”. Almaklum, hujung-hujung bulan ni kebiasaannya ibu sangat sibuk di pejabat dengan laporan-laporan bulanan.

Kemudian dia tanya lagi dan lagi, “Ibu datang tak?”. Bila soalan diaju berkali-kali, ibu faham bahawa dia mengharapkan ibu datang. Dan pastinya ibu juga sangat mengharap dapat datang. Tapi ibu tak berani berjanji. Ibu khuatir, ibu akan memungkiri janji ibu.

Sudahnya ibu hanya mendiamkan diri. Jawab ya tidak, tidak pun tidak.

4 Kesan Buruk Mungkir Janji Kepada Anak-Anak

Mungkir janji dengan anak-anak mungkin dilihat remeh, namun boleh membawa kepada kesan yang buruk.

1. Memberi kesan emosi kepada anak

Sekiranya ibu berjanji untuk datang, pastinya Maryam tertunggu-tunggu kedatangan ibu. Dan jika ibu tidak datang, pasti Maryam akan rasa kecewa sedangkan ibu sudah berjanji.

2. Hilang kepercayaan anak kepada ibu bapa

Jika ibu mungkir janji kali ini, mungkin lain kali Maryam akan mula ragu-ragu bila ibu berjanji. Ini boleh membawa Maryam hilang kepercayaan kepada ibu.

3. Mengajar anak memungkiri janji

Na’uzubillahi min zalik. Tapi benar, anak belajar dari sikap dan perilaku ibu bapa. Jangan buat sesuatu yang kita sendiri tak mahu anak-anak melakukannya.

4. Membawa kepada dosa

Kita mungkin tiada niat menipu, tetapi ia tetap satu pendustaan.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya;

“Barangsiapa yang mengatakan kepada seorang anak kecil, ‘kemarilah aku beri sesuatu’ namun dia tidak memberinya, maka itu adalah satu pendustaan”.

kesan buruk mungkir janji kepada anak

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt ibu berjaya hadir ke sekolah petang tadi. Maryam yang terkejut dengan kedatangan ibu bertanya; “Eh.. Ibu datang?” Dan ibu hanya jawab; “Supriseeee..”. Hahaha..

Allahu, senyuman Maryam yang cukup lebar bila nampak ibu tadi masih terbayang-bayang. Betapa senyuman itu menggambarkan dia sangat gembira. Besok sukan tahap 2 pula. Pun sama, ibu tak ada janji apa-apa dengan Yusuf. Huhu..

Sekadar berkongsi cerita tentang seorang ibu dan anak. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

 

(Visited 96 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge